23 Mei 2021 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada hari ini mengeluarkan satu infografik menerangkan sebab-sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh atau total lockdown.
Berdasarkan kepada kaji selidik kesan PKP 1.0 pada isi rumah dan perniagaan, sebanyak 53% menyatakan mereka telah terkesan teruk. Bagi isi rumah, satu per tiga tidak mampu mengekalkan perbelanjaan untuk lebih dari sebulan.
Sementara itu. sebanyak 82% peratus dari jumlah pekerja sektor swasta pula hanya mempunyai simpanan kurang dari dua bulan. Manakala bagi golongan B40 yang bekerja sendiri, 9/10 dari mereka tidak mempunyai insurans perlindungan pekerjaan.
Bagi Perniagaan 68 peratus menyatakan bahawa tiada jualan atau hasil semasa pelaksaan PKP 1.0 dan 42.5 peratus menyatakan perniagaan mereka memerlukan masa lebih dari tempoh 6 bulan untuk kembali pulih. Dalam pada itu, dua pertiga perniagaan mempunyai atau akan mempunyai tunggakan hutang dala tempoh enam bulan.
Tambah MOF, kesan PKP menyeluruh jika dilaksanakan akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal. Oleh itu PKP bersasar dan SOP ketat adalah cara terbaik untuk mengimbangi keselamatan nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment