AM

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih lebih 5,000

114

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2021 – Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan sedikit peningkatan apabila 4,832 orang membabitkan 1,326 keluarga masih berlindung di 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pagi ini, berbanding 4,792 orang daripada 1,315 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Tenom adalah yang paling teruk terjejas dengan 4,221 mangsa ditempatkan di 35 PPS.

“Beaufort turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 611 orang berbanding 571 malam tadi, dengan satu lagi PPS dibuka menjadikan empat PPS aktif di daerah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang melanda Lawas dan Limbang, Miri meningkat kepada 442 orang daripada 105 keluarga setakat pagi ini, berbanding 330 mangsa daripada 78 keluarga petang semalam.

Menurut JPBN Sarawak semua penduduk terjejas akibat banjir susulan hujan lebat sejak malam Rabu lalu kini ditempatkan di 10 PPS.

— BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan...