AM

Dakwaan Ahli Parlimen Cameron Highland tidak benar – Dr Abd Latiff Ahmad

206

PUTRAJAYA 19 Mei 2021 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyangkal dakwaan Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highland di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa terdapat gerakan dalam kalangan pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk memastikan pelantikan Ketua Pengarah JAKOA yang baharu bukan dari kalangan masyarakat Orang Asli bagi menggantikan Prof Dr. Juli Edo yang telah bersara pada April 2021.

“KPLB ingin menegaskan dan menafikan dakwaan mengenai gerakan tersebut serta ingin menjelaskan bahawa kementerian sedang di peringkat mengenal pasti calon-calon yang bersesuaian untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah JAKOA yang ketika ini masih kosong.

Oleh yang demikian, isu penjawat awam terlibat dalam percaturan dan usaha agar jawatan tersebut tidak disandang oleh rakyat Malaysia berketurunan orang asli Semenanjung adalah tidak benar dan merupakan tohmahan semata-mata kerana proses perbincangan dan penelitian masih berjalan.” kata Dr Abd Latiff menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa pencalonan Ketua Pengarah JAKOA dijalankan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

“Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi pilihan utama KPLB untuk dicalonkan sebagai Ketua Pengarah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (5)(C) untuk melantik Orang Asli daripada jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

Pemilihan calon ini tidak dibuat secara rawak tetapi berdasarkan kepakaran termasuk pengalaman yang luas dan mahir dalam aspek pentadbiran jabatan, pengurusan kewangan, pengurusan projek pembangunan dan sosio-ekonomi serta mempunyai jaringan kerjasama yang erat di antara jabatan di peringkat Persekutuan Negeri mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).” jelas Dr Abd Latiff.

KPLB turut menyatakan ucapan terima kasih kepada semua Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Individu yang prihatin dengan masyarakat Orang Asli.

“Pandangan dan bantuan yang disalurkan oleh semua pihak dapat membantu kementerian dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat Orang Asli.” ujar beliau.

Awal pagi hari ini. Ramli Mohd Nor, mendakwa para pegawai dalam KPLB sedang mencatur dan berusaha agar jawatan Ketua Pengarah KAJOA tidak akan disandang oleh rakyat Malaysia yang berketerunan Orang Asli Semenanjung. Katanya lagi, beliau sebawai wakil rakyat tunggal berketurunan Orang Asli Semenanjung Malaysia di Parlimen Malaysia yang dilantik oleh suara rakyat selepas 64 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan mengutuk dan menentang sama sekali usaha dan gerakan *’Little* *Napolean’* birokrasi kerajaan di dalam KPLB.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...