COVID-19 @ My LNA

Sumbangan 2 Juta Dos Vaksin Sinovac Kepada Pulau Pinang Palsu, Satu Penipuan – Khairy

179

19 Mei 2021 – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang memohon Kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac daripada sebuah syarikat swasta untuk kegunaan rakyat negeri itu adalah palsu dan merupakan satu penipuan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat yang membuat tawaran berkenaan Xintai Development Enteprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong, tidak wujud.

“Kita sudah melaksanakan carian syarikat dan mendapati syarikat ini tidak wujud di Hong Kong, kita juga buat pemeriksaan dengan Pengeluar Sinovac dan mendapati tidak pernah wujud urusan”.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan surat tawaran yang dikirimkan oleh seorang individu bernama Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah yang mendakwa sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong dan ingin menawarkan sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang.

“Jadi bagaimana kerajaan Pulau Pinang boleh menggunakan surat (scam) palsu untuk menuduh kerajaan Pusat menghalang pemberian vaksin ini? Syarikat ini tidak wujud dan surat itu palsu. Saya akan minta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk membuat laporan polis,” katanya dalam sidang media secara maya berhubung Sumbangan Bekalan Vaksin kepada Pulau Pinang, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri itu ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma, tetapi Putrajaya tidak membenarkan mereka menggunakan vaksin itu.
Kon Yeow berkata, pihaknya menulis surat kepada Kementerian Kesihatan Februari lalu, ketika kali pertama tawaran vaksin itu dibuat, tetapi KKM menolaknya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, pihaknya akan meminta CITF buat laporan polis bagi siasatan lanjut berhubung surat tawaran.
Kenyataan beliau sebelum ini turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyumbang bekalan vaksin kepada Malaysia atau kerajaan negeri, namun ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan.

Dalam sidang media yang sama, Khairy turut menjelaskan tempahan vaksin bagi Kerajaan Persekutuan mesti didahulukan dan sebarang bekalan vaksin yang ditempah kerajaan negeri akan tiba selepas bekalan Kerajaan Persekutuan dipenuhi.

“Saya yakin bahawa kita mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dan kita jangka urusan vaksinasi rakyat di negara ini dapat selesaikan sebelum atau pada akhir tahun ini,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...