18 Mei 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengecam tindakan Israel yang telah mengisytiharkan untuk memburu serta membunuh seluruh anggota Hamas yang merupakan pejuang pembebasan Palestin di seluruh dunia termasuk yang berada di Malaysia.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Azizi berkata, kenyataan ini secara nyata menunjukkan kebiadaban dan keangkuhan Israel yang sengaja ingin menyemarakkan aktiviti keganasan dan jenayah perang ke seluruh dunia.
“Tindakan ini juga dilihat sebagai usaha terancang regim Zionis untuk menormalisasi terrorisme dalam peradaban manusia sejagat yang berpaksikan ideologi perkauman Zionis” katanya.
Tambah beliau, tindakan Israel ini menjelaskan bahawa Rejim Zionis sanggup mencabuli dengan sengaja kedaulatan negara-negara dunia seperti mana yang dilakukan mereka ke atas negara Palestin yang diiktiraf di sisi undang-undang antarabangsa demi memenuhi kepentingan Zionisme.
“Peristiwa yang berlaku ini secara jelas menunjukkan bahawa masyarakat antarabangsa perlu sama-sama bangkit mempertahankan kedaulatan negara masing-masing agar tidak tunduk dengan agenda keganasan Israel demi memelihara keamanan serta hak asasi sejagat” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Tindakan Israel ini juga harus membuka mata seluruh dunia untuk terus mengecam keangkuhan ini sebagai solidariti untuk memelihara kemakmuran dunia”.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
KDN juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini dan sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment