AM

MALAYSIA KECEWA DENGAN MAJLIS KESELAMATAN PBB YANG TERUS MEMBISU – HISHAMMUDDIN

162

17 Mei 2021 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyuarakan rasa kecewa Malaysia terhadap sikap membisu PBB di halaman Facebook rasminya hari ini. Kata beliau dalam minggu ini sahaja, sudah tiga kali Majlis Keselamatan United Nations bersidang, tetapi malangnya satu kenyataan belum dikeluarkan mengenai situasi semasa di 🇵🇸 Palestin.

“Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan.” ujar Hishamuddln.

Tambah beliau, Malaysia menyaran Majlis Keselamatan PBB melaksanakan segera tiga gesaan ini :

1️⃣ Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak segera dan memikul tugasnya yang termaktub di bawah Piagam PBB;

2️⃣Majlis Keselamatan PBB hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh regim Israel;

Dan paling penting,

3️⃣ Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.

“Selain 3 gesaan ini, Malaysia, selaras dengan kenyataan bersama Negara Brunei Darussalam dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan kekejaman dan penjajahan Israel di 🇵🇸 Palestin! ” tegas Hishammuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...