PUTRAJAYA 16 Mei 2021 – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
“KDN juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
Sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.” kata Hamzah menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Justeru, Hamzah menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
“Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.” ujarnya.
Sejak semalam , tular satu video di Youtube yang bertajuk BREAKING: ISRAEL DECLARES WAR ON HAMAS WORLDWIDE, WILL GO AFTER LEADERS IN IRAN, QATAR, MALAYSIA. Di dalam video tersebut, terpapar satu laporan berita yang menulis bahawa pihak Israel akan mengancam keselamatan negara-negara yang dituduhnya melatih pejuang Hamas, termasuklah Malaysia.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment