AMPendidikan @ My LNA

Guru SMKPA Kini Dalam Siasatan Polis, Ditempatkan Di JPN Selangor

307
Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid, kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM hari ini, tempoh penempatan guru berkenaan di JPN Selangor adalah sehingga siasatan tersebut selesai dan sebarang tindakan KPM seterusnya adalah bergantung kepada hasil siasatan kes ini.

“KPM juga telah meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang dikatakan dibuat oleh pengetua SMKPA terhadap murid tersebut melalui aplikasi Facebook”.

Kenyataan yang sama turut mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan bahawa beliau telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam.

“Kementerian pada masa sama menjelaskan, Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama yang diterima murid berkenaan, pihaknya mengesahkan sekolah berkenaan telah mengeluarkan enam pucuk surat itu bagi tempoh 16 hingga 30 April lalu kepada ibu bapa atau penjaga yang anak atau anak jagaan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab”.

Jelasnya, surat pemberitahuan ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa dan juga pihak sekolah mengetahui dan cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan.

“Bagi tempoh 16 hingga 30 April 2021, sekolah berkenaan telah mengeluarkan sebanyak enam pucuk Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga yang anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab”.

Kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah dan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...