11 Mei 2021 – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menunggu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, termasuklah di PPV AstraZeneca (AZ) dengan harapan untuk mendapatkan vaksin yang tidak digunakan akibat ketidakhadiran penerima vaksin berjadual di penghujung hari.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ini adalah kerana pemberian vaksin secara “walk-in” adalah tidak dibenarkan di mana-mana PPV.
“Satu mekanisme telah dibangunkan oleh CITF untuk menghindari pembaziran vaksin dengan memastikan proses pemberian vaksin kepada orang ramai di penghujung hari tidak menganggu perancangan logistik di PPV. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan, terutamanya di waktu kes COVID-19 harian yang semakin meningkat.
Secara amnya, semua PPV akan mempunyai senarai individu daripada pangkalan data yang akan mereka hubungi melalui pesanan ringkas atau telefon. Individu yang dihubungi akan ditanya sama ada mereka berminat untuk mendapatkan vaksin dan sama ada mereka dapat hadir ke PPV pada hari itu juga.” jelas CITF menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Tambah CITF, bagi PPV AZ pula, satu senarai menunggu, iaitu senarai nama mereka yang telah menempah slot menunggu sewaktu penempahan untuk suntikan vaksin AstraZeneca baru-baru ini telah digunakan sebagai asas.
“Mereka yang dipilih di bawah senarai ini akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.
Oleh itu, CITF ingin menggesa orang ramai agar tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan temu janji serta tidak perlu untuk berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu.” ujar CITF.
- AI skills could boost Hong Kong workers’ salaries by up to 28% and accelerate career growth as AI adoption ramps up, new research finds
- REDEX to be an exclusive partner to TNBX in Malaysia to support the Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) platform
- Swiss Re Foundation aims to boost health and environmental innovations through Shine Southeast Asia
- MSIG Hong Kong launches its new brand campaign “Serving with Heart, Putting You above All”
- NEON Japan to Showcase the Asia Premiere of Ramses and the Gold of the Pharaohs in Tokyo, Following Phenomenal Successes in the US, Europe & Oceania
Leave a comment