AMCOVID-19 @ My LNA

Vaksin Pfizer-BioNTech Dan AstraZeneca Khas Buat Jemaah Haji Tahun Ini

75

KUALA LUMPUR: Vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang telah diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi akan diberikan kepada jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara tersebut.

“Kesemua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi, sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan seperti yang telah dibincangkan ”  ujar beliau pada sidang media selepas majlis  penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

“Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin COVID-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca” jelas beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...