AM

CIDB Cadang Klausa Perubahan Harga Sepanjang Tempoh PKP Bagi Projek Kerajaan

92

KUALA LUMPUR 3 Mei 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mencadangkan supaya satu klausa perubahan harga (VOP) diperuntukan kepada projek-projek yang melibatkan pembinaan kerajaan terutamanya dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata pemberian VOP dijangka akan mengurangkan beban kewangan kepada kontraktor yang terjejas serta memastikan projek yang sedang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Tidak dinafikan kenaikan harga bahan binaan boleh menjejaskan aliran kewangan penggiat industri di sepanjang rantaian bekalan sektor pembinaan dan kenaikan ini dijangka dipindahkan kepada pengguna akhir”.

“Kenaikan harga bahan binaan boleh menjejaskan aliran kewangan penggiat industri di sepanjang rantaian bekalan sektor pembinaan dan kenaikan ini dijangka akan dipindahkan kepada pengguna akhir” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, CIDB mendapati kenaikan harga bahan binaan memberi kesan berbeza kepada kontraktor gred kecil dan besar berdasarkan kuantiti pembelian dan faktor lain seperti peningkatan kos bahan mentah, stok bahan binaan yang terhad serta kos sampingan perniagaan.

Simulasi berdasarkan kenaikan harga ini menunjukkan peningkatan kos pembinaan sebanyak 7%. Peningkatan kos pembinaan ini dilihat mengurangkan margin keuntungan kontraktor terutamanya kontraktor kecil yang dianggarkan sekitar 15% hingga 25%.

“CIDB akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam masa terdekat ini bagi melihat cara terbaik untuk membantu kontraktor kecil yang terjejas disebabkan kenaikan harga bahan binaan ini,” ujar beliau lagi.

Kontraktor dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memberi sebut harga kepada pelanggan supaya bersedia dengan kenaikan harga bahan binaan semasa

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...