Alam Sekitar @ MY LNAAM

ABIM anjurkan Sambutan Hari Bumi bersama masyarakat Orang Asli Gombak

87

GOMBAK 22 April 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Sambutan Hari Bumi bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak.

Menurut ABIM, tujuan sambutan ini adalah untuk mendengar suara dan harapan komuniti orang Asli untuk bersama kita menjaga kelestarian alam sekitar dan bersama mempertahankan keadilan untuk iklim.

“Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia memahami bahawa Orang-orang Asli amat mementingkan kehidupan kehidupan di hutan dan Orang Asli mahukan kita sebagai rakyat Malaysia seluruhnya dan juga masyarakat antarabangsa ini memelihara hutan.

Jadi ini tujuan kita buat Program Hari Bumi bersama Orang Asli. Kita nak merai dan menunjukkan apa yang mereka mahukan dan harapan mereka terhadap kita” kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di majlis tersebut.

Sesi berlangsung dengan gimik pertukaran pokok daripada pihak ABIM diwakili Muhammad Faisal dan Kampung Orang Asli diwakili Tok Batin – Tok Ulang Bin Simpan sebagai simbol amanah untuk kedua-dua pihak menjaga kehidupan alam.

Majlis juga diraikan dengan aktiviti mewarna anak-anak Orang Asli bertemakan alam sebagai simbol besar harapan generasi mereka untuk kita menjaga amanah alam.

Pada penghunjung program, ABIM turut mengedarkan bantuan menerusi projek Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada semua 23 keluarga Orang Asli.

Turut hadir Kaunselor Kedutaan Besar Sweden Malaysia, Ola Pihlblad yang turut menyantuni komuniti Orang Asli.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Mutakhir ini timbul pelbagai isu...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPendidikan @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman  PASIR GUDANG – PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan...