AMPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Nancy rasmi Kampus Satelit Institut Kraf Negara di Sabah, inisiatif untuk melebar luas latihan kemahiran kraf

160

23 April 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah merasmikan Kampus Satelit Institut Kraf Negara di Sabah. Turut hadir adalah Datuk Guandee Kohoi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta pengurusan tertinggi MOTAC.

Kampus Satelit iaitu Program Pembangunan Kemahiran Kraf Berpusat di bawah Institut Kraf Negara (IKN) di Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah ini merupakan inisiatif untuk melebar luas latihan kemahiran kraf yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada sosio-ekonomi rakyat.

“Tujuannya adalah untuk meningkatkan penyertaan golongan belia di Sabah melalui pendidikan dan latihan kemahiran kraf secara formal dan fleksibel serta menyediakan program pengajian sepanjang hayat.

Program setempat sebegini memberi ruang serta peluang kepada beliawan dan beliawanis Sabah untuk melanjutkan pengajian kemahiran dalam bidang kraf yang ditawarkan. Ketika ini, Kampus Satelit IKN Sabah telah menempatkan seramai 18 orang pelajar dalam pengajian peringkat sijil kursus Seni Kraf Songket Dastar dan Seni Kraf Rotan secara sepenuh masa selama dua tahun. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Bajau, Iranun, Dusun dan Murut.

Kraftangan Malaysia telah meletakkan sasaran kemasukan pengambilan pelajar baharu ke Kampus Satelit IKN Sabah seramai 268 orang pelajar menjelang tahun 2025.” kata Nancy menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah beliau, dengan perasmian Kampus Satelit IKN Sabah ini, MOTAC bersama Kraftangan Malaysia yakin bahawa IKN akan terus kukuh, dinamik dan maju dalam menyediakan pelbagai peluang dan pilihan kepada masyarakat. Katanya Kraftangan Malaysia akan sentiasa memastikan IKN terus kukuh di persada pengajian berteraskan akademik dan kemahiran kraf.

Dalam pada itu, Nancy turut menyampaikan Sijil Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf (PPKK) Peringkat Negeri Sabah bagi 11 program PPKK yang telah diadakan di Daerah Kota Belud, Kudat, Keningau dan Semporna pada bulan Mac dan April 2021. Turut disampaikan juga sijil kepada usahawan kraf kayu di Negeri Sabah yang telibat sebagai Nominated Supplier Ukiran Kayu selain melawat Pameran dan Demonstrasi Kraf yang diadakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...