AM

Pembinaan Lebuhraya SPE Catat Dua Pencapaian Malaysia Book Of Records

139

KUALA LUMPUR 12 April 2021 – Pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) sepanjang 32 KM yang bermula dari Taman Melati dan berakhir di Universiti Malaya berjaya mencatat sejarah apabila tersenarai dalam “Malaysia Book Of Records”.

Dua kategori yang tersenarai dalam pengiktirafan tersebut adalah jambatan konkrit terpanjang menggunakan rasuk prategang berbentuk T kepada syarikat Ekovest Berhad dan rasuk prategang berbentuk T terpanjang kepada syarikat Nehemiah Towoong Bridgetech Sdn Bhd.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata rasuk jenis BH Girder hasil kerjasama syarikat Towoong dari Korea Selatan dan syarikat tempatan Nehemiah menjangkau jarak yang lebih panjang sehingga 30% berbanding dengan rasuk U atau T biasa.

“Rasuk BH Girder ini amat sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai kekangan seperti di kawasan bandar padat yang mempunyai banyak jambatan, kawasan yang mempunyai terowong bawah tanah, kawasan yang mempunyai kabel dan saluran utiliti yang padat, lintasan sungai dan lintasan rel keretapi”.

Sebanyak 424 rasuk BH Girder digunakan dalam projek SPE dengan jarak jambatan terpanjang menggunakan rasuk BH Girder adalah 67.5 meter mengatasi BH Girder yang terpanjang sebelum ini dengan jarak 63.1 meter.

Fadillah turut menjelaskan kejayaan ini juga telah membuktikan kerjasama yang erat “Public Private Partnership” di antara pihak EKOVEST dan kerajaan berupaya mencipta kejayaan yang baik dengan menggunakan teknologi baharu di dalam pembinaan lebuhraya.

“Pembinaan jajaran lebuh raya yang kemas dan efisien sentiasa menjadi keutamaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta menerusi dasar penswastaan” katanya dalam Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book Of Records di ibu negara yang berlangsung pada Isnin lepas .

Kemajuan projek SPE juga dikenali sebagai Lebuh Raya Bertingkat “Dual 3 Lane Carriageway” telah mencapai 81% siap sehingga ke hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...