AMPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Geran Sokongan Pelancongan RM 24 Juta Diteruskan – MOTAC

137

PUTRAJAYA 9 April 2021 – Pemberian Geran Sokongan Pelancongan, Seni & Budaya (GSPSB) akan diteruskan bagi tujuan pemulihan industri yang terjejas dengan penularan pandemik Covid-19 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, geran yang akan diberi ini merupakan penyambungan semula peruntukan setelah ia ditangguhkan pada tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.

GSPSB yang merupakan peruntukan one-off di bawah seliaan MOTAC, mula digunakan bermula Februari 2020 dengan baki peruntukan semasa sebanyak RM24 juta, daripada jumlah peruntukan keseluruhan bernilai RM30 juta.

“Pemberian geran ini bagi menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta serta persatuan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi” ujar beliau.

Penggiat industri yang layak memohon GSPSB termasuklah syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.

“Nilai yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah acara atau program di bawah GSPSB adalah berjumlah antara RM20,000 sehingga RM500,000. GSPSB turut ditetapkan pada kadar maksimum 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar keseluruhan acara dan program atau mengikut siling maksimum RM500,000” katanya.

Tambah beliau, pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai GSPSB, sila layari laman sesawang www.tourism.gov.my atau hubungi talian 03-8891 8191/8192/8196/8232.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...