Alam Sekitar @ MY LNAAM

STATUS HUTAN KUALA LANGAT UTARA SEBAGAI HUTAN SIMPAN KEKAL MESTI DIPERTAHANKAN – ABIM

319

1 April 2021 – Tindakan kerajaan negeri Selangor yang ingin menyahwarta status Hutan Kuala Langat Utara sebagai Hutan Simpan Kekal bagi tujuan pembangunan wajar ditarik semula. Ini berdasarkan kepada faktor kelangsungan alam serta masa depan generasi akan datang, lebih-lebih lagi ia mendapat bantahan majoriti penduduk di kawasan berkenaan khususnya orang asli menerusi Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU).

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN), Muhammad Faisal Abdul Aziz di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pembukaan kawasan hutan tersebut akan memburukkan lagi krisis iklim terutamanya dalam meningkatkan jumlah karbon dalam negara.

“Memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan hutan tanah gambut, ia berperanan besar untuk menyimpan jumlah karbon yang banyak dan secara tidak langsung membantu mengurangkan jumlah karbon semasa.

Namun, menerusi penerokaan dan pembukaan kawasan hutan gambut berkenaan untuk tujuan pembangunan, ia akan mengurangkan sumber alam yang berperanan untuk menyeimbangkan jumlah karbon dan lebih memburukkan keadaan akan meningkatkan jumlah pelepasan karbon ke udara.

Situasi ini pasti akan menjejaskan komitmen Malaysia di peringkat antarangasa menerusi “Paris Agreement” untuk mencapai sasaran karbon neutral pada tahun 2050.” kata Faisal.

Tambah beliau, perlu dipertegaskan bahawa aktiviti pembalakan yang berleluasa dan penebangan hutan tanpa kawalan adalah punca utama berlakunya perubahan iklim. Situasi bencana banjir besar yang sering berlaku berulang kali di luar jangkaan adalah antara kesan yang berlaku berpunca dari perubahan iklim.

“Maka hutan wajib dipertahankan malah dibanyakkan lagi kawasan hutan simpan sekiranya kerajaan semasa benar-benar serius menangani isu perubahan iklim dan cuaca ini.

Justeru, daripada mengorbankan hutan berkenaan yang memberi banyak implikasi kepada rakyat dan alam, ABIM mencadangkan kawasan tersebut dijadikan kawasan pelancongan berasaskan ecotourism dengan dikekalkan status hutan simpan kekal sebagai kaedah untuk mendidik seluruh warga menghargai alam serta menarik lebih ramai pelancong.” ujar Faisal.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...