AMBM @ MY LNAHKHM2024UTAMA

Kibarkan JALUR GEMILANG dengan semangat patriotisme dan bangga! – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

302

Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang ditayangkan pada tahun 2022 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta dalam masa 40 hari tayangan dan filem ini merupakan antara salah satu filem Melayu terbaik yang telah dihasilkan. Semestinya pencapaian ini menjadi kebanggaan buat industri filem Malaysia yang sudah agak lama suram dan yang lebih membanggakan adalah filem ini telah berjaya membawa nama Mat Kilau dan ayahanda beliau, Tok Gajah ke hati rakyat Mal¬aysia tanpa mengira bangsa mahupun agama, terutamanya kepada anak-anak muda.

Di kala pawagam-pawagam Malaysia kerap menayangkan filem-filem dari Barat yang sarat dengan pelbagai watak “hero khayalan” yang digilai oleh anak-anak Malaysia, pengenalan “hero original” yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia ini adalah amat menyegarkan dan membawa impak yang lebih mendalam kepada semua rakyat Malaysia. Jika sebelum ini anak-anak Malaysia lebih mengenali nama-nama tokoh-tokoh Barat dan asing yang sering dilaporkan oleh media massa dan media sosial, kini nama Mat Kilau dan Tok Gajah turut meniti bibir mereka.

Benarlah kata-kata YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di dalam ucapan beliau semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 21 Julai 2024 yang lepas..

“Merdeka ini hanya difahami, mampu dimengerti dan dimaknai sekiranya kita menyingkap lembaran sejarah. Tidak ada negara yang merdeka secara tidak semena-mena, ia memerlukan pengorbanan, visi dan wawasan pemimpin-pemimpin terdahulu dengan keringat, darah dan air mata. Ia menuntut pengorbanan tentera, polis yang pada masa itu dipanggil homeguard, pejuang-pejuang kebangsaan dan ramai rakyat dalam mempertahankan negara.”

Penceritaan sejarah Malaysia hanya dikongsi pada zaman persekolahan melalui subjek Sejarah. Selama 11 tahun anak-anak Malaysia didedahkan dengan kisah-kisah perjuangan menuju kemerdekaan yang akhirnya akan perlahan-lahan pudar daripada ingatan selepas berakhirnya peperiksaan dan juga zaman persekolahan. Ini adalah realiti anak-anak di Malaysia kini dan ditambah dengan cabaran lambakan maklumat yang tidak terkawal di media baru, agak sukar untuk kita bersama mempertahankan nilai-nilai perjuangan yang dipupuk melalui pembelajaran sejarah penubuhan Malaysia yang tercinta ini.

Maka inisiatif sambutan Bulan Kebangsaan oleh Kerajaan MADANI ini adalah satu langkah yang amat bertepatan dan perlu untuk kita memupuk semangat cintakan negara dan menguatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun generasi. Inisiatif ini bukan sekadar retorik atau simbolik bagi kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia setiap tahun, tetapi ianya merupakan platform yang penting untuk mengembalikan dan “refresh” semangat nasionalisme dan patriotisme di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangkitkan semangat untuk meraikan sambutan ini dengan menolak sebarang sangkaan prejudis dan perbezaan politik kerana pada semangatnya, sambutan ini adalah tanggungjawab bersama buat kita rakyat Malaysia untuk turut menjayakannya dengan kesungguhan dan kemeriahan.

YAB Perdana Menteri turut menyeru agar rakyat Malaysia turut mengibarkan Jalur Gemilang di semua premis tanpa mengira di desa mahupun bandar bagi mempamerkan JIWA MERDEKA setiap rakyat Malaysia. Mungkin ada antara kita yang memandang remeh akan seruan YAB Perdana Menteri ini tetapi jika kita dalami setiap titik peluh, keringat dan titisan darah wira-wira patriotik yang berjuang untuk mendapatkan hak mengibarkan kain Jalur Gemilang ini, maka seharusnya ia membawa perasaan kasih dan sayang kepada negara tercinta yang kaya dengan semangat perpaduan yang utuh.

Masih ada masa lagi untuk mendapatkan Jalur Gemilang, jadi mari kita bersama mengibarkannya bermula di rumah dan ambil masa untuk berkongsi sesama ahli keluarga tentang erti pengibaran kain keramat ini, kenang dan hargai semua nama-nama tokoh patriotik yang telah berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia. Masanya telah tiba untuk kita menaikkan semula nama “hero-hero Malaya” seperti Mat Kilau dan Tok Gajah setaraf dengan hero-hero animasi dan khayalan Barat kerana sesungguhnya setiap titik peluh, keringat dan titisan darah merekalah yang telah membawa kemerdekaan kepada Malaysia yang tercinta ini!

Selamat menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2024, MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...