AMBM @ MY LNAHKHM2024UTAMA

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

188
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Foto oleh Yusri Ibrahim

SELANGOR, 22 Julai 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan pada tanah air.

Di dalam satu hantaran di halaman X rasminya, Anwar turut menggesa agar semua kementerian, jabatan Kerajaan serta seluruh sektor swasta untuk meraikan sambutan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara.

“Ini hanyalah tuntutan kecil ketimbang pengorbanan besar pejuang terdahulu. Mari kita menyatukan jiwa dan matlamat demi jati diri, maruah dan harga diri sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.”katanya.

Terdahulu Anwar berkata kemerdekaan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang adalah hasil visi dan wawasan pemimpin terdahulu. Ia juga adalah hasil pengorbanan polis, tentera dan pejuang-pejuang kebangsaan yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara tercinta.

“Rakyat ketika itu punyai kesedaran untuk berjuang. Mereka tidak punyai kepintaran, keilmuan, kepakaran mahupun kemahiran. Namun yang ada semangat, daya juang, keikhlasan dan cita-cita murni mahu menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan dipimpin oleh anak-anak bangsa sendiri.” katanya.

Tambahnya, konsep Malaysia MADANI antara lain digagaskan bagi mengisi kemerdekaan tersebut.

“Apa erti kemerdekaan dan pengorbanan bapa-bapa dan ibu-ibu kita jika pemimpin yang dipilih sama sikapnya seperti penjajah, yang menggunakan kuasa merampok kekayaan negara untuk diri sendiri, kerabat dan kroni?

Kerana itu kita memilih ‘Jiwa Merdeka’ sebagai tema sambutan tahun ini. Hanya jiwa yang merdeka mampu menjamin kekuatan jati diri seluruh rakyat Malaysia – Melayu, Bumiputera, Cina dan India.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...