AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual

101

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 (Bernama) — Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Nama Produk : Ailas Wild Rose Petal Face Cream 
Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri 



2. Nama Produk : Desha Night Cream (Moisturizer) 
Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri 



Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Merkuri 
dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini seperti boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. 

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.   

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaBusiness @ MY LNAFinance @ My LNAMy LNA English

CPI Land Signs Rm228 Million Financing Facilities With Ambank For 3 Development Projects In Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, Aug 23 2024 (Bernama) — AmBank Group has granted RM228,000,000 financing facilities to...

BernamaMy LNA EnglishTravel & Leisure @ My LNA

Epic! Millions of Travelers Secured their 2024 Travel Plans through Traveloka Epic Sale

Record-Breaking Low-Season Sales Campaign: EPIC Sale Engaged Over 35 Million Users in...

BernamaMy LNA EnglishTechnology @ My LNA

MCMC Hosts Girls In ICT Forum 2024, fostering leadership and empowerment for young women in technology

KUALA LUMPUR, Aug 15 2024 (Bernama) – The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) hosted...