BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia

83

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI

BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda.

“Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah.

“Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana yang telah dijalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“Kedatangan delegasi Indonesia ke Melaka menggunakan laluan rempah dengan menaiki kapal membawa makna besar dalam memartabatkan sejarah. Seni dan budaya ini adalah satu jabatan atau penghubung kepada warisan kita dan ia mesti dibugarkan (subur) semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Program Muhibah Budaya Jalur Rempah di Negeri Melaka diadakan di sebuah hotel di Jalan Laksamana, di sini malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Yang turut hadir, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono; Staf Ahli Menteri Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi (Kemendikbud) Republik Indonesia; Prof. Dr. Muhammad Adlin Sila serta Direktur Pengembangan dan Pemanfaatan Kebudayaan, Kemendikbud Ristek, Irini Dewi Wanti.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata menerusi jalinan itu pelbagai langkah lain juga akan dilaksanakan bagi memartabatkan warisan, seni dan budaya antara Melaka serta Indonesia.

“Kita akan menjemput pemain seni dan budaya dari Indonesia ini untuk datang ke Melaka. Mempersembahkan budaya di negeri ini dan Melaka juga akan menghantar artis kesenian kita ke negara itu untuk mengukuhkan silaturahim ini.

“Sudah pastinya kerjasama memperkukuh warisan ini seharusnya berjalan tanpa tarikh dan waktu. Mesti dilaksanakan sepanjang masa dan sepanjang zaman yang dihubungkan dengan seni serta budaya,” kata Ketua Menteri.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai....

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 – Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MCMC dan PDRM akan teliti SOP bagi mudahkan aduan buli siber

CYBERJAYA, 13 Julai 2024 – Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi...