AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

UM bentuk akhlak anak yatim melalui al-Quran

183
Peserta dan sukarelawan UM bergambar kenangan di majlis penutup program

Oleh Dr Selamat Amir

Ayat ke-220 surah Al-Baqarah menganjurkan kita untuk sentiasa mendekati dan melakukan yang terbaik untuk anak-anak yatim, dan menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kita sendiri. Atas kesedaran ini, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah melaksanakan sebuah program pembangunan diri bersama anak-anak yatim, baru-baru ini.

Peserta dan sukarelawan UM melaksanakan modul program JiWA

Program yang dinamai “A Wonderful Journey with Al-Quran” (JiWA) merupakan projek SULAM di bawah kursus IIL2019 Smart Al-Quran yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam UM. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini melibatkan 49 orang mahasiswa tahun kedua dari Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Marang, Terengganu. Program ini dibimbing oleh Dr. Selamat Amir selaku penyelaras program JiWA dan telah mendapat sokongan dari beberapa masjid serta syarikat seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Saudagar Asia.

Dr Selamat Amir di majlis perasmian program

Menurut Dr. Selamat, program ini melibatkan seramai 133 orang peserta berusia 13 hingga 15 tahun, termasuk 12 orang murid sekolah rendah. “Program JiWA mensasarkan anak-anak yatim, dengan tujuan memberikan mereka pemahaman yang mendalam mengenai Al-Quran dan membentuk akhlak mulia,” katanya.

Pihak PERKAYA menyambut baik inisiatif ini dan menasihati agar para peserta dapat menyantuni anak-anak yatim dengan akhlak mulia seperti yang dituntut dalam Al-Quran. “Saya percaya penglibatan mahasiswa UM dalam program ini bukan sahaja akan memastikan objektif program dapat dicapai, malah akan memberikan nilai tambah dari segi pemantapan motivasi kepada anak-anak di sini untuk mencapai impian masing-masing,” kata Mat Riduan Harun, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar PERKAYA yang ditemui semasa majlis penutup program.

Menurut Dr. Selamat lagi, aktiviti yang dijalankan dalam program JiWA ini merangkumi pemahaman serta penghayatan mendalam terhadap Al-Quran, pendekatan kepada anak-anak yatim untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, pemantapan akhlak dan sahsiah, serta menyantuni mereka dengan penuh kasih sayang.

Peserta dan sukarelawan UM bergambar kenangan di majlis penutup program

“Objektif utama program ini termasuklah memberikan kefahaman kepada peserta tentang keutamaan Al-Quran sebagai panduan hidup yang syumul. Dan ini dilaksanakan dengan modul bagi mempelajari ilmu tajwid serta memperbaiki bacaan Al-Quran secara praktikal. Para peserta juga dipupuk kesedaran mereka terhadap tanggungjawab kepada masyarakat melalui aspek muamalah dan interaksi, serta pembangunan jati diri supaya mereka dapat mengamalkan qudwah hasanah dalam pembentukan akhlak mereka,” kata Dr. Selamat lagi.

Program ini diharap dapat menjadi lonjakan kepada anak-anak PERKAYA untuk mendalami ilmu Al-Quran. “Saya sangat berharap program seperti ini dapat memberikan nilai tambah dari segi kemahiran dan pengalaman bermakna kepada para pelajar dan peserta, agar kita sama-sama menjadi ejen perubahan yang diperlukan masyarakat,” kata Mat Riduan.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Dr Selamat Amir di selamat_amir@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...