AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

TV ALHIJRAH Sajikan Program Istimewa Haji Dengan Tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa

283

Kempen Haji 1445H di stesen TV AlHijrah tahun ini dilancarkan dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa.

Kempen Haji 1445H yang akan berakhir pada 20 Jun 2024, membawakan kepada penonton 4 program terbaik buat santapan rohani. Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, kesemua program ini bermatlamat memberi informasi dan pandangan terkini berkaitan ibadah haji.

Zulkarnaen Mokhtar,

“Bersesuaian dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa, kita mahu penonton untuk bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan rohani Aidiladha yang menuntut umat Islam meneroka sejarahnya, mendalami definisi dan kisahnya serta mempelajari kepentingan bulan Zulhijah ini dalam pembentukan adab, akhlak dan sahsiah diri yang baik.

“TV AlHijrah kali ini membawakan empat program istimewa. Munajat Arafah akan disiarkan selama 2 jam siaran pada 16 Jun 2024, bermula jam 5 petang hingga 7 malam.

“Rancangan ini akan membawa penonton bersama-sama bermunajat kepada Allah dan menghayati makna hari arafah yang disampaikan oleh pentausiyah sambil diselangi alunan bacaan al-Quran, zikrullah, talbiah dan persembahan qasidah,” jelasnya.

Selain itu, menurut Zulkarnaen, rancangan Peristiwa Haji juga tidak kurang hebatnya. Peristiwa Haji yang disiarkan pada 17 Jun, jam 9.30 malam merupakan imbauan buat penonton menelusuri sejarah era pelayaran menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan utama menuju ke Mekah. Penonton juga akan dibawa menghargai kejayaan teknologi terkini yang banyak membantu urusan jemaah haji.

“Jangan lepaskan peluang menyaksikan rancangan Quran@114 Istimewa Aidiladha setiap hari, sepanjang Jun ini, jam 11 pagi.  Kami bawakan kelas al-Quran ke rumah anda. Istimewanya, program ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi mereka juga akan didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar.

“Rancangan Assalamualaikum Istimewa Aidiladha juga antara tarikan utama. Pelbagai topik semasa haji akan dikupas dengan panel-panel jemputan terbaik yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan rukun Islam kelima ini. Kesemua rancangan terbaik ini boleh juga ditonton atas talian secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar masing-masing,”akhiri Zulkarnaen.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...