AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Adakah Teknologi AI Memberikan Kebaikan atau Keburukan?

1.6k

Oleh Nur Hidayah Binti Rahmat & Nuraimiza Dhaniyah Binti Abd Rahim

Apakah itu teknologi AI? Teknologi AI dari Artificial Intelligence atau juga dikenali sebagai Kecerdasan Buatan. Teknologi ini merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mempunyai kesamaan dalam pemikiran manusia serta mampu melakukan tugas dan fungsi yang mirip seperti manusia. Teknologi AI cenderung digunakan secara khusus dalam tugas-tugas tertentu. Adakah teknologi AI ini mempunyai kesan yang lebih baik dalam bidang pendidikan ataupun sebaliknya? Hal ini dapat dibuktikan dengan penulisan akhbar yang mengkhususkan teknologi AI dalam bidang pendidikan serta membincangkan kebaikan dan keburukannya terhadap masa depan sistem pendidikan kita.

Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi kercerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian penting dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Penggunaan AI dalam sektor pendidikan menawarkan pelbagai kebaikan yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan platform-platform teknologi AI yang popular dalam kalangan pelajar mahupun mahasiswa universiti adalah seperti ChatGPT, Snapchat, BingAI dan Virtual Assistants seperti Siri dan Amazon Alexa. Namun begitu, terdapat juga keburukan yang perlu diberi perhatian untuk memastikan teknologi ini digunakan secara bijak.

1. Meningkatkan prestasi pelajar

Teknologi AI membantu meningkatkan prestasi pelajar dengan peningkatan maklum balas. Sistem AI boleh menilai kemajuan pelajar, memberikan mereka maklum balas yang disasarkan dan mengenal pasti bidang yang mereka perlukan penambahbaikan. Selain itu, AI boleh memantau corak tingkah laku pelajar, menilai tahap perhatian mereka dan menentukan sama ada mereka memerlukan bantuan tambahan dalam mata pelajaran tertentu atau kemahiran khusus. Maklum balas segera yang dikuasakan AI akan meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk mendorong kebolehan pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

2. Memudahkan dan meningkatkan produktiviti semasa pembelajaran

Seterusnya, kelebihan AI ialah dapat memudahkan dan meningkatkan produktiviti semasa pembelajaran. Hal ini demikian kerana, melalui AI, guru dapat melaksanakan pengajaran dalam pelbagai jenis kaedah. Melalui teknologi AI, guru dapat melaksanakan kelas secara atas talian, persembahan secara audio-visual dan projektor yang lebih moden. Hal ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, kebanyakan guru menggunakan aplikasi Google Meet semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semasa Covid-19. Hal ini memudahkan guru dan pelajar untuk melaksanakan kelas. Selain itu, teknologi AI juga meningkatkan tahap produktiviti guru. Hal ini demikian kerana, teknologi AI dapat menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan AI untuk meningkatkan kefahaman pelajar yang kurang mendalami sesuatu subjek melalui kaedah pengajaran tertentu. Hal ini dapat meningkatkan prestasi guru sekaligus prestasi para pelajar.

3. Pembelajaran Interaktif dan Menarik

AI juga mempunyai kelebihan dalam menyediakan pengalaman interaktif dan menarik melalui realiti maya (VR) dan simulasi canggih. Hal ini dapat membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah dan lebih jelas. Sebagai contoh, penggunaan VR dalam pelajaran sains yang memudahkan pelajar untuk memahami sistem solar secara interaktif atau memahami sistem tubuh manusia dengan menjelajahnya secara virtual.

Penggunaan AI dalam sistem pendidikan membawa cabaran dan risiko yang perlu diatasi untuk mengelakkan kesan negatif terhadap pelajar dan pendidik. Berikut merupakan kesan buruk yang mampu mengancam sistem pendidikan negara.

1. Ancaman Keselamatan Kerja Guru

Guru memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan emosional dan bimbingan moral yang sukar dicapai oleh teknologi. Cara AI terus mengautomasikan lebih banyak aspek proses pendidikan, mungkin terdapat lebih sedikit permintaan untuk pendidik manusia, yang boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan potensi kehilangan pekerjaan. Pergantungan berlebihan kepada teknologi AI boleh mengurangkan interaksi manusia yang penting dalam proses pembelajaran serta mengancam peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan. Contohnya, sekolah yang menggunakan sistem AI sepenuhnya dan hanya memerlukan tenaga pengajar yang sedikit.

2. Kebergantungan kepada Teknologi

Pengunaan AI secara berlebihan mampu mengakibatkan kualiti pembelajaran semakin menurun kerana kurangnya keaslian idea dari pelajar itu sendiri. Hal ini juga boleh mengakibatkan pengabaian kaedah pengajaran tradisional yang penting dan pembangunan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam jangka masa yang panjang.

3. Kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi

Untuk mempraktikkan teknologi AI, ianya memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Hal ini menyebabkan tidak semua institusi pendidikan memiliki kadar belanjawan khas untuk mengaplikasikan teknologi AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknologi AI di sekolah-sekolah besar pada masa ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu, ianya sukar untuk dikekalkan jika bergantung sepenuhnya kepada guru.

Sebagai kesimpulan, teknologi AI semakin maju dan tidak memiliki titik noktah pada masa ini. Tidak dapat dinafikan, penggunaan teknologi AI dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada sistem pendidikan. Namun begitu, kebergantungan kepada teknologi AI dapat mengancam keselamatan sesetengah pihak. Setiap perkara pasti mempunyai keseimbangan dari segi kedua-dua implikasinya. Oleh itu, penggunaan teknologi AI menawarkan potensi besar untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Dengan pendekatan yang betul, AI boleh menjadikan
pembelajaran lebih relevan dan menyeronokkan serta dapat membina masa depan pendidikan yang lebih inklusif dan berkesan setaraf kualiti negara maju. Dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menyeimbangkan penggunaan teknologi dalam kehidupan agar kita dapat menikmati manfaatnya sambil mengekalkan hubungan sosial, kesihatan mental dan kesejahteraan fizikal yang baik.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...