Oleh JomCheck
Talian JomCheck baru ini telah disoal berkaitan ketulenan satu mesej meragukan yang menyeru rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron XBB yang kononnya lebih berbahaya daripada varian Delta.
Antara dakwaan di dalam mesej berkenaan adalah simptom-simptom jika terjangkit dengan varian baharu dan juga tuduhan bahawa ujian swab hidung (nasal swab test) sering menghasilkan keputusan negatif jika varian covid tersebut adalah Omicron XBB.
Namun begitu, semakan JomCheck menemui fakta yang menyangkal keabsahan mesej tular ini.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Mesej ini telah dikategorikan sebagai palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022 dan 2023 kerana penyebarannya adalah tidak berasas dan tanpa sebarang pembuktian saintifik.
Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=751269483701724&set=a.221890939972917
Antara pesanan tambahan oleh KKM adalah:
a. Walau pun mesej ini pernah disangkal sebelum ini iaitu pada 1 November 2022 dan 7 Disember 2023, namun penyebarannya masih wujud sehingga ke hari ini.
b. Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak lagi menyebarkan mesej berkenaan kerana ia akan mendatangkan kekeliruan fakta dan kerisauan ramai.
c. Sebarang info berkaitan Covid-19 juga masih boleh dirujuk di portal rasmi KKM iaitu KKMNOW bagi mendapatkan maklumat dan data terkini.
Lepas ini jangan kongsi lagi mesej lama yang tidak benar macam itu dah okay! Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!
Leave a comment