AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Jemputan Perkahwinan Guna Fail Apk Adalah Taktik Penggodaman

295

Oleh : JomCheck

Pemerhatian JomCheck mendapati bahawa wujudnya satu tindakan meragukan di aplikasi WhatsApp iaitu dengan menghantar jemputan perkahwinan menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) yang perlu dimuat turun kononnya bagi mendapatkan maklumat jemputan tersebut.

Semakan mendapati bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi APK.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa mesej jemputan perkahwinan berkenaan akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar selaku kenalan mangsa agar mangsa memuat turun fail APK tersebut supaya mereka memperolehi akses penuh kepada telefon mangsa.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-ramai-diminta-waspada-jangan-muat-turun-sebarang-apk-473327

Isi lain yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Fail APK yang diterima secara tidak sah melalui mesej atau e-mel mempunyai perisian hasad atau ‘malware’ yang jika dimuat turun akan menyebabkan telefon pintar digodam.
b. Taktik sebegini mula digunakan sejak pertengahan tahun 2023 dan aplikasi ‘malware’ yang dimuat turun akan membenarkan penggodam untuk mencuri data dan mengakses maklumat kewangan di telefon.
c. PDRM juga mendapati bahawa modus operandi ini kebanyakannya digunakan bagi memperdaya mangsa yang mempunyai kurang pengetahuan berkaitan teknologi.
d. Kesimpulannya, lepas ini kita perlu semak dulu fail yang diterima dan jika fail itu adalah fail APK, JANGAN klik fail itu okay!

Kalau ada sahaja maklumat yang diragui, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...