BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Hantaran Dakwa Tealive Haram Adalah Isu Berulang Yang Tidak Benar

470

Oleh JomCheck

Talian JomCheck menerima beberapa pertanyaan oleh orang ramai yang mencari kebenaran tentang mesej tular berkaitan dakwaan bahawa rangkaian restoran minuman Tealive adalah haram kerana menggunakan bahan-bahan yang tidak halal.

Bagi mengukuhkan hantaran tersebut, nama seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed juga telah dipetik secara sembrono dan dituduh bertindak selaku orang yang menyampaikan peringatan berkenaan.

Semakan yang dilakukan oleh rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa isu ini mula tular pada tahun 2019 dan sering berulang sehingga ke hari ini.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Semakan yang dilakukan di Portal Semakan Halal Malaysia kepunyaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih mengakui bahawa Tealive mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Sumber:
MyCheck Malaysia: https://mycheck.my/more.php?id=2035785

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/415040043575605

Penerangan tambahan tentang isu ini adalah:

a. JAKIM telah dua kali menafikan hantaran tersebut pada tahun 2019 dan 2021 melalui hantaran rasmi di laman Facebook mereka.
b. Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed juga telah mengeluarkan kenyataan penafian di akaun Facebook miliknya pada tahun 2019 dengan menidakkan beliau mempunyai kaitan dengan maklumat yang disebarkan.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...