AMBM @ MY LNAUTAMA

Mohamed Khaled ketuai delegasi Malaysia ke The 21st International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2024 (SLD2024)

105

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai The 21st International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2024 (SLD2024) yang diadakan di Hotel Shangri-La, Singapura dari 31 Mei hingga 2 Jun 2024.

The IISS SLD merupakan forum keselamatan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Singapura sejak tahun 2002 yang melibatkan penyertaan Menteri-Menteri Pertahanan, pegawai-pegawai tertinggi tentera dan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan dari negaranegara di rantau Asia Pasifik dan benua Eropah.

“YB Menteri Pertahanan telah diberi penghormatan sebagai salah seorang panel semasa sesi ketujuh bertajuk “Re-Imagining Solutions for Regional Stability” dan menyampaikan perspektif Malaysia mengenai perkembangan dalam kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala di Asia-Pasifik, dan bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan sedia ada serantau.

Penyertaan YB Menteri Pertahanan ke Forum SLD2024 adalah merupakan kesinambungan penyertaan Malaysia dalam forum berprestij ini, di samping menunjukkan komitmen serta kepimpinan Malaysia dalam isu pertahanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara. Forum SLD2024 merupakan forum antarabangsa kedua yang dihadiri oleh YB Menteri Pertahanan secara bersemuka sejak beliau dilantik pada bulan Disember 2023.” kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.

Mohamed Khaled juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura dan rakan sejawat beliau, Menteri Pertahanan Singapura di samping mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala bersama rakan
sejawat dari negara-negara strategik dan berkepentingan kepada Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...