Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Gerbang pembayaran FinTech Msia, Curlec by Razorpay mengumumkan kerjasama bersama TNG Digital membolehkan pembayaran berulang untuk PKS & komuniti yang kurang akses perkhidmatan bank di seluruh negara

237
From left to right Zac Liew, Co-founder and Chief Executive Officer of Curlec with Alan Ni, Chief Executive Officer of TNG Digital
  • Lebih dua juta perniagaan dan lebih 21 juta pengguna disahkan daripada golongan PKS, kawasan luar bandar dan demografi yang lebih muda di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada kebolehcapaian kewangan.
  • Curlec ialah salah satu gerbang pembayaran pertama yang mengintegrasikann pembayaran berulang dengan TNG eWallet.

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 – Gerbang pembayaran teknologi kewangan (FinTech) terkemuka Malaysia, Curlec by Razorpay, yang memproses sehingga 10,000 transaksi sesaat, dengan lebih 2,000 pelanggan tempatan dan lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia, mengumumkan kerjasama bersama syarikat FinTech bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital, pengendali TNG eWallet.

Diintegrasikan secara langsung dengan TNG eWallet, ini membolehkan Curlec bekerjasama untuk memperkasakan pasaran yang kurang mendapat liputan bagi meningkatkan keboleh capaian kewangan buat peniaga dan pengguna di seluruh negara. Ini termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), individu tanpa bank di kawasan luar bandar, dan generasi muda yang tidak mempunyai akses kepada kad debit atau kredit.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Curlec, Zac Liew berkata, “Walaupun banyak gerbang pembayaran telah bekerjasama dengan TNG eWallet untuk pembayaran sekali sahaja, kami teruja menjadi salah satu gerbang pembayaran pertama dalam pasaran yang menawarkan bayaran berulang bersama TNG eWallet.

“Sejak penubuhan Curlec, pembayaran berulang telah menjadi salah satu bidang tumpuan kami yang paling penting. Hari ini, pengguna dan perniagaan sama-sama boleh mendayakan jadual pembayaran berulang, mengawal kitaran bil dan mendapatkan makluman segera tentang aktiviti langganan dengan Pembayaran Berulang Curlec.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada banyak perniagaan dan pengguna di Malaysia. Sekitar 88% rakyat Malaysia memilih TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran pilihan. Dengan kadar penembusan pasaran yang tinggi, memanfaatkan TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran akan mencapai golongan yang kurang mendapat akses bank dan mereka yang tidak boleh mendapatkan kad kredit.”

Faedah kepada Pengguna: Mencapai Mereka Yang Kurang Akses Perkhidmatan Bank

“Bagi pengguna, keahlian gimnasium atau perkhidmatan penstriman biasanya memerlukan butiran kad untuk langganan bulanan. Menjadi antara beberapa yang terpilih untuk diintegrasikan dengan TNG eWallet bermakna pengguna tidak lagi memerlukan kad debit atau kredit. Kini, mereka boleh memasukkan maklumat TNG eWallet mereka dan melanggan pembayaran berulang dengan lancar dan selamat,” tambahnya lagi.

Komited untuk menangani peniaga dan pelanggan yang kurang akses perkhidmatan, Curlec kini mempunyai kaedah pembayaran berulang tambahan bersama TNG eWallet sebagai alternatif kepada dua instrumen utama termasuk Kad seperti Visa, Mastercard dan Perbankan Dalam Talian menggunakan Direct Debit.

Dengan lebih daripada 60% bahagian pasaran, TNG eWallet menawarkan platform pembayaran yang dikenali dan dipercayai untuk komuniti yang kurang akses terhadap perkhidmatan. Melalui kerjasama ini, mereka yang tidak mempunyai akaun bank dan golongan muda boleh membuat pembayaran dengan lancar apabila memilih pembayaran berulang melalui TNG eWallet bersama Curlec, sekali gus mengurangkan kebimbangan tentang keperluan untuk kad debit atau kredit.

Memanfaatkan PKS: Pembayaran Berulang, Kestabilan Kewangan Jangkauan Pengguna Lebih Luas untuk Kawasan Luar Bandar

Selepas pandemik, PKS masih mengalami isu aliran tunai. Kajian telah menunjukkan bahawa 87% daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan daripada bank.

Dengan menggunakan gerbang pembayaran Curlec bersama TNG eWallet dapat memberi kuasa kepada PKS untuk mengutip pembayaran secara berkala, sekaligus membantu aliran tunai kewangan mereka secara menyeluruh.

Oleh itu, perniagaan kecil seperti pusat tuisyen, gimnasium atau mana-mana perniagaan berasaskan langganan seperti barang sewa untuk dimiliki, atau kemudahan simpanan sendiri akan mendapat manfaat daripada gerbang pembayaran Curlec yang menawarkan pembayaran berulang pada TNG eWallet.

Sehingga kini, TNG eWallet telah mencecah lebih dua juta peniaga. Kerjasama ini bertujuan untuk memperluaskan capaian TNG eWallet kepada lebih ramai peniaga, menjadikan perkhidmatan kewangan boleh diakses oleh semua. Ia memperkasakan perniagaan mikro dan kecil untuk berkembang dalam ekonomi digital dengan meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan kewangan mereka.

“Ini juga relevan kepada peniaga atau perniagaan yang terletak di kawasan luar bandar, di mana penggunaan kad tidak begitu tinggi. Pilihan pembayaran lebih cenderung kepada TNG eWallet. Ini dapat mengubah landskap untuk mana-mana perniagaan sederhana kecil yang mencari kestabilan kewangan,” tambah Liew.

Menangani Golongan Kurang Akses Perkhidmatan Selaras dengan Mewujudkan Masyarakat Tanpa Tunai

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Niberkata, “Kerjasama kami bersama Curlec sejajar dengan komitmen TNG Digital untuk mendemokrasikan akses kewangan di Malaysia, memupuk masyarakat yang diperkasakan dari segi kewangan. Melalui kerjasama ini, lebih ramai orang, termasuk pengguna, perniagaan dan organisasi, akan menikmati kelebihan pembayaran berulang eWallet.”

Alan Ni seterusnya menekankan, “Sebagai eWallet terbesar di Malaysia, kami bersedia untuk merapatkan jurang, memupuk rangkuman kewangan, dan memperkasakan lebih 21 juta pengguna eWallet yang disahkan di seluruh negara dengan transaksi yang lancar dan penyelesaian kewangan yang disesuaikan. Ini amat memberi kesan buat kawasan yang mempunyai penggunaan kad terhad.”

Kerjasama ini selari dengan Pelan Tindakan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022-2026 yang bertujuan untuk memajukan pendigitalan sektor kewangan melalui sokongan landskap perkhidmatan kewangan digital yang aktif.

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini tentang TNG eWallet sila layari https://www.touchngo.com.my/ewallet/

Untuk mengetahui cara anda boleh menaik taraf perniagaan anda, layari laman web Curlec di curlec.com atau ikuti platform media sosialnya di Facebook (@curlec), Instagram (@curlec.pay) dan LinkedIn (@curlec).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...