Lain-lain

Waspada Panggilan Individu Menyamar Sebagai Pegawai MCMC

135

CYBERJAYA, 28 Mei 2024 (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC.
 
Saranan ini dibuat susulan peningkatan kes yang diterima oleh MCMC sejak tempoh seminggu yang lalu. Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah terbabit dalam kegiatan jenayah. Namun, sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam.
 
Ingin ditegaskan bahawa sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang MCMC ataupun menerusi platform media sosial MCMC dan bukannya menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan. Tambahan pula, pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat peribadi individu.
 
Justeru, MCMC menggesa orang ramai untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali. Orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil (block call/reject list) atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki.
 
Sekiranya menerima panggilan-panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai juga boleh melayari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu berita yang tidak ditentusahihkan.

Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BernamaLain-lain

Platform Baharu Membolehkan Syarikat Insurans Asia Pasifik Memanfaatkan Pertumbuhan

Syarikat menerima guna sistem teras moden untuk ketangkasan, pelancaran produk dengan lebih...

Dunia @ MY LNAGlobe NewswireLain-lain

OSL Memenangi Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik di HFM Asia Services Awards 2024

HONG KONG, July 13, 2024 – OSL, peneraju platform aset digital berperaturan...

BernamaLain-lain

ASWARA Raikan 30 Tahun Penubuhan Pada Malam Kemuncak Festival Peta 2024

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) – YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul...