AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Video Dakwa 182 Cawangan Coffee Bean Tiada Sijil Halal Tidak Benar

430

Oleh JomCheck

JomCheck menerima satu video daripada TikTok yang mendakwa kononnya hampir kesemua cawangan francais restoran The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) tidak mempunyai sijil pengesahan halal.

Video berkenaan yang menggunakan fungsi ‘screen record’ berkongsi hasil cariannya di Google dengan kata kunci “Coffee Bean Halal” kemudiannya telah merujuk ‘snippet’’ laporan penyemak fakta MyCheck Malaysia.

Penelitian kami mendapati bahawa video berkenaan telah memanipulasikan laporan sebenar MyCheck Malaysia dengan hanya menjadikan ‘snippet’ laporan MyCheck Malaysia selaku sumber rujukan video.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Paparan ‘snippet’ dari laman MyCheck tidak menggambarkan isi sebenar artikel yang disiarkan. Semakan yang dilakukan di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM mengesahkan bahawa pensijilan halal restoran The Coffee Bean & Tea Leaf adalah masih aktif.

Sumber: https://www.mycheck.my//more.php?id=2296081

Isi penting yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Laporan asal MyCheck menjelaskan bahawa pengesahan halal The Coffee Bean & The Leaf adalah SAHIH.
b. Pencipta kandungan memanipulasi laporan badan penyemak fakta MyCheck untuk mencipta persepsi.
c. Semakan di portal Halal JAKIM mendapati CBTL memegang beberapa sijil halal yang bakal luput antara Disember 2024 hingga Februari 2026.
d. Pilihan petikan perkataan (‘snippet’) adalah pilihan automatik oleh Google daripada mana-mana baris yang terdapat pada keseluruhan kandungan pautan namun tidak menjelaskan kesemua isi kandungan pautan tersebut.
e. ‘Snippet’ yang telah dipilih oleh Google seperti yang dirujuk video adalah petikan perkataan daripada bahagian laporan MyCheck yang menjelaskan berkenaan dakwaan tentang status halal restoran berkenaan.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...