AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Sah, Kerang-Kerangan Sekitar Port Dickson Tidak Selamat dimakan Buat Masa Ini

233

Oleh : JomCheck

Tular di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang menyeru supaya orang ramai mengelak daripada makan kerang-kerangan kerana disyaki tercemar susulan kes keracunan makanan yang dilaporkan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebagai tindakan berjaga-jaga, Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Melaka juga melarang sebarang aktiviti pengeluaran, penjualan dan pengambilan sumber kupang dari perairan negeri Melaka.

Hal ini kerana, didakwa bahawa kes keracunan makanan yang berlaku berpunca daripada pengambilan sumber kupang dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Ketika JomCheck mula membuat semakan berkenaan isu ini, didapati bahawa keputusan siasatan oleh DOF telah dikeluarkan dan hanya kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan sahaja dicemari.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Analisis daripada makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur menemui alga berbahaya di perairan Port Dickson yang menyebabkan kupang di kawasan tersebut tidak selamat dimakan.

Poin penting bagi menjawab segala isu yang terkait adalah:

a. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan melalui kenyataan medianya mengesahkan terdapat lapan kes keracunan makanan di Port Dickson akibat keracunan kupang pada awal April.
b. Hebahan yang dilakukan oleh DOF negeri Melaka telah diturunkan setelah analisis mendapati bahawa perairan negeri Melaka dan Johor selamat.
c. Status ini masih kekal pada 23 April 2024 kerana sampel ketiga kupang dan air dari perairan berkenaan yang dianalisis di makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) didapati masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan.
d. Cuaca panas juga telah menjadi faktor kepada pembiakan alga yang begitu cepat dalam perairan tersebut namun tidak mencemari hidupan laut yang lain seperti ikan, ketam, udang dan sebagainya.

Kalau ada sahaja maklumat yang diragui, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...