AMBM @ MY LNAPerikanan @My LNAPertanian @ My LNA

100 Induk Ikan Kelisa Emas dilepaskan bagi Usaha Konservasi

91

KERIAN 20 April 2024 – Sebanyak 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Tasik Bukit Merah bagi memulihara dan memastikan kemampanan spesies tersebut di habitat semulajadinya.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain berkata pelepasan yang diadakan secara berperingkat bermula pada 17 April 2024 yang lalu mendapat kerjasama sepenuhnya dari penternak ikan kelisa emas di negeri itu. Usaha ini juga dilihat sebagai langkah untuk merancakkan dan mengembangkan semula industri ikan kelisa emas.

“Bagi menjamin kejayaan usaha konservasi, penglibatan dan kerjasama semua pihak adalah perlu kerana saling bergantung di antara satu sama lain. Induk ikan kelisa emas yang dilepaskan hari ini merupakan sumbangan penternak di daerah ini. Kehadiran penternak serta komuniti nelayan pada hari ini jelas menunjukkan komitmen mereka dalam membantu jabatan menjayakan usaha pemuliharaan bagi menjamin kelestarian sumber.

Pada tahun 2023 sebanyak 1.5 juta ekor ikan kelisa berjaya dieksport dengan nilai dagangan sebanyak RM78 juta. Jabatan sentiasa bersedia membantu pengusaha dalam memberi khidmat nasihat teknikal dan pengurusan terutama dari segi urusan mendapatkan permit Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) bagi tujuan eksport,” ujarnya.

Bermula dari tahun 2011 hingga 2024, seramai 18 penternak ikan kelisa emas di negeri Perak telah menerima bantuan peralatan dan input bagi aktiviti akuakultur melalui Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.49 juta.

Jelas beliau lagi, jabatan juga sedang meneliti dan menilai semula Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas Tasik Bukit Merah, Perak sedia ada agar lebih relevan dengan pembangunan semasa kawasan tersebut. DOF negeri telah mengambil inisiatif menyenaraikan serta memasukkan terma santuari dan spesies ikan kelisa emas sebagai ikan yang dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perak 1992.

“Cadangan pindaan pelaksanaan penguatkuasaan Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1992 Negeri Perak juga menyentuh berkenaan kawalan penangkapan ikan kelisa emas di perairan sungai dengan menghadkan saiz maksima 15 cm (6 inci) sahaja yang boleh ditangkap.

Penguatkuasa jabatan juga sentiasa membuat rondaan berkala di kawasan tempat pelepasan bagi memastikan ikan-ikan tersebut tidak ditangkap. Dalam sesi libat urus bersama nelayan yang pernah diadakan sebelum ini juga, jabatan turut mengingatkan kepada mereka agar tidak menangkap ikan kelisa emas dan melepaskan semula ikan tersebut sekiranya tertangkap,” katanya.

Pada program yang sama telah diadakan sesi libat urus jabatan bersama pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan untuk penambahbaikan pelan tersebut dan sesi penyerahan sijil penghargaan kepada semua pemegang taruh, penyumbang ikan kelisa emas untuk pelepasan.

Turut diadakan penyampaian cek cura bantuan program Kebuniti MADANI (sub sektor akuakultur) bernilai RM21,000 kepada komuniti nelayan Tasik Bukit Merah daerah Kerian. Bantuan berupa input peralatan iaitu enam unit tangki ternakan, pam air, aerator, kit ujian paramater air, sistem paip serta input makanan ikan dan benih.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...