Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan puak Houthi di Yaman yang mahu menyerang kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah tidak memberi kesan besar kepada Malaysia.
Houthi Yaman serang kapal Malaysia?
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) April 16, 2024
Sejak penghujung tahun lepas, puak Houthi di Yaman telah mengumumkan mereka akan menyerang kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah. Serangan ini telah mengganggu industri perkapalan dunia dan kapal-kapal yang menghantar produk… pic.twitter.com/V0Mn8hfg7n
Katanya dalam satu video di Halaman X rasmi beliau, walaupun Malaysia menyokong Palestin, antara kapal yang diserang termasuklah dari Jepun dan Panama.
“Jadi walaupun kita bukan sekutu Israel, kemungkinan kapal kita diserang masih ada.” kata Tengku Zafrul.
Justeru banyak kapal perkapalan dunia mengelak dari menggunakan Laut Merah, sebaliknya menggunakan laluan Tanjung Harapan. Maka masa perjalanan menjadi lebih panjang dan kos pengangkutan meningkat.
Menurut Tengku Zafrul, kesan dari situasi tersebut terhadap ekonomi Malaysia tidak begitu ketara. Ini disebabkan oleh perdagangan Malaysia lebih tertumpu kepada rantau Asean dan Asia Timur di mana penghantaran tidak menggunakan laluan Laut Merah.
Walau bagaimanapun, kerajaan terus memantau situasi tersebut serta kesannya kepada syarikat-syarikat Malaysia.
Leave a comment