AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

96

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan di tujuh (7) buah negeri berikut :

(i) Johor pada 18 April 2024 (Khamis);
(ii) Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu);
(iii) Melaka pada 22 April 2024 (Isnin);
(iv) Kelantan pada 2 Mei 2024 (Khamis);
(v) Kedah pada 4 Mei 2024 (Sabtu);
(vi) Pulau Pinang pada 5 Mei 2024 (Ahad); dan
(vii) Terengganu pada 9 Mei 2024 (Khamis).

Menurut Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI ini adalah kerjasama antara Kerajaan Negeri selaku tuan rumah dan Kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama.

“Majlis ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.

Majlis ini juga turut memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat Persekutuan dan Negeri.” kata PACU.

Manakala, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu) bermula dari jam 10:30 pagi hingga 3 :00 petang, dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah bersama-sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai Kementerian peneraju.

“Negeri Johor pula akan menjadi negeri pertama pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada 18 April 2024 (Khamis) bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula dari jam 4:00 petang hingga 7:00 malam, dengan Kerajaan Negeri Johor selaku tuan rumah bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai Kementerian peneraju.” kata PACU.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...