BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Tidak Wajar Untuk Najib Habiskan Baki Hukuman Penjara di Rumah

203

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

BERSIH menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah.

Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Dato’ Sri Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil.

Justeru, BERSIH menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut undang-undang dan hukum harus sentiasa diangkat sebagai prinsip utama untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.

BERSIH juga ingin mempersoalkan mengapakah perkara ini baru dibangkitkan sedangkan dalam keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 2 Februari 2024 – yang juga didedahkan oleh peguam beliau Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah – tidak berbangkit berkenaan perintah tahanan rumah?

Dalam masa sama, sekiranya wujud bahagian tambahan atau titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 seperti yang didakwa beliau, mengapa perkara tersebut tidak didedahkan oleh peguam beliau sebelum ini?

Dakwaan terbaru ini seolah-olah akan menyebabkan satu duluan (precedent) baharu untuk keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang telah dimuktamadkan boleh diubah pada bila-bila masa.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...