AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan sia-siakan peluang buat pecutan di akhir Ramadan

243
Jangan disia-siakan peluang melipat gandakan ibadat kita di penghujung Ramadan (Aldrin Rachman Pradana - Unsplash)

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar

Keghairahan kita dalam melaksanakan ibadat seperti mengkhatamkan al-Quran, bertadarus, bertarawih adalah suatu yang dipuji, namun terdapat beberapa ibadat yang seringkali dianggap remeh dan terlepas pandang dalam pengamalannnya namun mempunyai fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Di sini disenaraikan tiga perkara atau kesalahan kecil yang perlu diberi perhatian dalam menyemarakkan lagi semangat di dalam pesta ibadat Ramadan supaya kita tidak terlepas meraih fadilat berganda di dalam bulan yang mulia ini.

Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar

1) Meninggalkan jemaah tarawih sebelum imam selesai

Di Malaysia, terdapat kebiasaan dalam pengurusan masjid bagi penunaian ibadat solat tarawih iaitu 20 rakaat dengan 3 rakaat witir atau 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Antara kesalahan yang sering berlaku dalam menunaikan ibadat ini, bagi mereka yang solat di Masjid yang melaksanakan solat tarawih 8 rakaat, mereka meninggalkan jemaah ketika Imam selesai solat tarawih pada rakaat kelapan dengan tujuan menyambung semula solat tarawih untuk mencukupkan 20 rakaat. Sekali pandang, niat pelaku ini adalah baik kerana hendak melaksanakan rakaat tarawih lebih banyak, namun dalam masa yang sama beliau terlepas fadilat Qiyam sepanjang malam. Hal ini sebagaimana yang diungkapkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: “Barangsiapa yang qiyam bersama Imam sehingga Imam selesai, maka ditulis pahala nya qiyam sepanjang malam.”

Justeru bagi mendapatkan pahala qiyam sepanjang malam, afdalnya para jemaah solat bersama Imam sehinggalah Imam selesai solat witir. Bagi mereka yang ingin menambah solat tarawikh atau ingin mengerjakan solat tahajjud dirumah dan ingin menjadikan solat witir adalah solat terakhir di penghujung malam sebagaimana saranan baginda SAW, maka mereka ini hanya perlu berniat solat tarawikh sahaja dengan mengikuti Imam yang solat witir serta ketika mana Imam selesai solat witir, jemaah boleh bangun menggenapkan rakaat seterusnya sama ada membuat witir menjadi genap atau solat tarawih yang diniatkan nya (bergantung apa yang diniatkan pada awal solat) . Dengan demikian, mudah-mudahan fadilat qiyam sepanjang malam akan turut diraih khususnya dalam pecutan mencari lailatul qadar.

2) Masuk masjid tetapi tidak niat iktikaf

Menurut Imam Ramli, Iktikaf merujuk menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) yang dilakukan oleh seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan. Terdapat empat rukun iktikaf iaitu orang yang melaksanakan iktikaf, masjid, niat dan menetap di dalam masjid. Menurut mazhab Syafii iktikaf akan terhasil apabila seseorang menetap di masjid walaupun sebentar dengan kadar thoma’ninah di dalam rukuk.

Amalan beriktikaf merupakan amalan yang sangat dituntut untuk dilakukan lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan dan terutamanya pada 10 malam yang terakhir. Berdasarkan perbincangan iktikaf dapat kita ketahui pahala iktikaf ini dapat dicapai apabila kita memasuki masjid dengan tujuan menetap di masjid walaupun sebentar namun tidak boleh tidak perlu

berniat iktikaf iaitu sahaja aku beriktikaf di masjid ini kerana Allah SWT. Menjadi suatu kerugian apabila seseorang yang masuk masjid untuk menunggu waktu solat, atau untuk menunaikan solat fardu atau amalan-amalan lain tidak berniat iktikaf kerana terlupa atau disebabkan ketidakbiasaan melakukan perkara tersebut. Iktikaf di masjid merupakan suatu bonus yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi mereka yang seringkali memakmurkan rumah-rumah Allah. Rahmat Allah SWT akan sentiasa turun kepada orang yang beriktikaf di rumahNya. Justeru sama-sama la kita melazimi niat iktikaf ketika mana kita memasuki masjid bagi memaksimakan ganjaran dalam melaksanakan ibadat terutamanya pada bulan yang mulia ini.

3) Bangun sahur tetapi tidak solat sunat malam

Antara amalan yang sangat dituntut bagi mereka yang berpuasa adalah bersahur. Sahur merujuk kepada perbuatan makan awal pagi sebelum waktu fajar (subuh) dengan niat untuk berpuasa. Sahur dapat dicapai walaupun dengan seteguk air. Sudah menjadi kelaziman buat umat Islam bersahur kerana pada sahur itu terdapat keberkatan sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan”.

Namun pada masa yang sama juga, waktu sahur antara waktu keemasan untuk menunaikan solat malam. Solat sunat malam merupakan bahagian daripada qiyamulail. Bahkan sebahagian para fuqaha menyatakan sebaik-baik solat sunat setelah solaf fardu adalah solat malam. Sabda Nabi SAW dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Puasa yang paling utama setelah Ramadan adalah puasa pada bulan Muharram. Sebaik-baik solat setelah solat fardu adalah solat malam”.

Solat malam mempunyai fadilat yang besar sehingga ianya direkodkan oleh Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat ke 79: “Dan pada sebahagian malam hari, bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji” (QS Al-Isra’: 79)

Maka rugilah mereka yang bangun sahur tanpa menunaikan solat malam. Kelebihan solat malam ini dapat dicapai dengan sekurang-kurangnya mendirikan solat sunat tahajjud dua rakaat. Mudah-mudahan amala mini dapat istiqamahkan sepanjang bulan Ramadan dan selepas Ramadan.

Dalam menjalani pecutan akhir Ramadan ini, marilah kita tidak mengabaikan ibadah-ibadah yang sering dianggap remeh, namun memiliki fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Semoga kita semua dapat memanfaatkan setiap peluang dan ruang dalam meningkatkan amal ibadah dengan sebaik-baiknya dan mendapatkan keberkahan serta ampunan-Nya. Amin.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di syedjeffri89@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...