BernamaBiz @ My LNABM @ MY LNA

Yayasan Merck mengumumkan Anugerah Pengiktirafan Media ‘‘Diabetes dan Hipertensi’’ 2024 untuk Negara Asia

199
Yayasan Merck mengumumkan Anugerah Pengiktirafan Media ‘‘Diabetes dan Hipertensi’’ 2024 untuk Negara Asia (Foto: Business Wire)

MUMBAI, India, 5 April 2024 (Bernama) — Yayasan Merck (www.merck-foundation.com), cabang kedermawanan Merck KGaA Germany mengumumkan jemputan bagi permohonan Anugerah Pengiktirafan Media ‘Diabetes & Hipertensi’ 2024 yayasan tersebut untuk wartawan dari Negara Asia.

Tema anugerah ialah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan dan pengesanan awal Diabetes dan Hipertensi.

Senator, Dr. Rasha Kelej, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Merck menegaskan, “Saya percaya Media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi masyarakat dan lantaran itu, memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berleluasa. Oleh yang demikian, saya menjemput semua wakil media dari Negara Asia untuk menyertai Anugerah Media kami dan berkongsi karya mereka yang paling bermakna yang telah membantu meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan hipertensi, serta mengetengahkan kepentingan menjalani gaya hidup sihat.”

Anugerah ini terbuka kepada semua wartawan di Negara Asia dari platform Cetakan, Dalam Talian, Radio dan Multimedia. Karya paling kreatif dan berpengaruh yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan membuatkan masyarakat peka mengenai diabetes dan hipertensi dengan kerap akan layak memenangi anugerah ini.

Yayasan Merck juga telah melancarkan anugerah ini bagi negara di Afrika dan Amerika Latin.

Butiran ANUGERAH PENGIKTIRAFAN MEDIA Yayasan Merck 2024 “Diabetes & Hipertensi”

Individu yang boleh memohon:
Wartawan dari negara Asia yang merupakan sebahagian daripada platform Cetakan, Radio, Dalam Talian dan Multimedia

Cara Memohon:
Penyertaan boleh dihantar melalui e-mel kepada: submit@merck-foundation.com

Bahasa Penyertaan:
Bahasa Inggeris, mana-mana bahasa tempatan yang lain

Baris Perkara mel tersebut perlu menyatakan:
ANUGERAH PENGIKTIRAFAN MEDIA Yayasan Merck 2024 “Diabetes & Hipertensi”


Sila nyatakan nama, negara, kategori permohonan dan butiran untuk menghubungi anda.

Kategori dan Hadiah Wang untuk setiap kumpulan:

Menghantar banyak permohonan akan meningkatkan peluang memenangi anugerah tersebut.

Sila kunjungi laman web kami untuk butiran lanjut: www.merck-foundation.com

Yayasan Merck juga telah melancarkan Filem Animasi pertama iaitu ‘Sugar Free Jude’ dan ‘Mark’s Pressure’ bertujuan meningkatkan kesedaran tentang Diabetes & hipertensi dan menggalakkan Gaya Hidup Sihat, dalam kalangan kanak-kanak dan belia di Afrika dan tempat lain. Filem animasi ini merupakan adaptasi daripada buku cerita kanak-kanak yayasan tersebut.

Tontoni filem Animasi “Sugar Free Jude” dan “Mark’s Pressure” di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=mjbOvjVC3uE

https://www.youtube.com/watch?v=zJylVgGbvtA

“Melalui Anugerah, Buku Cerita dan filem Animasi kami, saya mahu mengingatkan semua individu bahawa kesihatan yang baik ialah khazanah paling berharga kepada kita!” tambah Dr. Kelej.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Mehak Handa, mehak.handa@external.merckgroup.com

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...