AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

PDRM telah lakukan siasatan terhadap Ketua Pemuda UMNO

344

KUALA LUMPUR, 5 April 2024 – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah melakukan siasatan ke atas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung ucapan dan tindakan beliau berkaitan dengan isu stoking tertera Kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Polis Negara IG Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM telah menerima dua (2) laporan polis terhadap Dr Akmal dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.” kata Tan Sri Razarudin.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak lagi membangkitkan isu stoking tersebut memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...