BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPendapat @ My LNA

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐“๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ซ o๐ฅ๐ž๐ก ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š d๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง b๐š๐ ๐ข m๐ž๐ง๐ ๐ž๐ค๐š๐ง๐  s๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง d๐ž๐ฆ๐ข s๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง k๐ž a๐ญ๐š๐ฌ ๐Š๐Š ๐Œ๐š๐ซ๐ญ

193

Oleh Lim Guan Eng

Biarpun dengan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, disertai oleh amaran keras oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga pegawai atasan PDRM, kedai KK Mart ketiga telah menjadi sasaran serangan bom molotov. Seri Paduka Baginda sebelum ini telah bertitah agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan daripada isu ini, sambil menitahkan bahawa ia harus diserahkan kepada pihak berkuasa. Baginda juga bertitah bahawa telah mengarahkan agar tindakan sewajarnya untuk diambil, maka tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menyalakan api kemarahan.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO enggan mempedulikan Titah Diraja ini dan masih meneruskan boikot terhadap KK Mart. Ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar bagi seorang pemimpin kerajaan negeri Melaka yang merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan di Putrajaya. Biarpun Ketua Pemuda UMNO telah menafikan sebarang motivasi politik dan mengutuk serangan ke atas KK Mart, pemboikotan ini tidak menghentikan serangan ganas ke atas KK Mart oleh anasir pelampau yang berbahaya. Sebelum ini, pemilik KK Mart telah memohon maaf dengan bersungguh-sungguh di atas kelalaian pihaknya, serta bakal menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah oleh pihak berkuasa seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Lebih membimbangkan kali ini apabila cawangan KK Mart yang diserang adalah di negeri Sarawak, negeri yang dianggap paling harmoni di dalam toleransi antara agama, negeri yang terkenal kerana mengamalkan perpaduan dalam kepelbagaian serta negeri asal pemilik KK Mart. Jelas sekali ini menunjukkan tiada lagi tempat yang selamat di Malaysia daripada serangan ke atas cawangan KK Mart. Memandangkan kepimpinan nasional UMNO juga memutuskan untuk menyokong tindakan Ketua Pemuda UMNO bagi meneruskan boikot ini, maka kerajaan Persekutuan mesti mengambil langkah untuk mengelakkan sebarang tindakan yang menyemarakkan lagi api kemarahan menjadi lebih berbahaya di luar kawalan.

Perdana Menteri harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan situasi ini dan mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan sebarang anasir pencetus yang mampu menggugat keamanan dan keharmonian dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevieยฎ untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...