Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Kutipan Sisa Pepejal Meningkat 3,600 Tan Metrik Pada Bulan Ramadan

136

KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), mencatatkan peningkatan kutipan sisa pepejal sebanyak 3,600 tan metrik pada hari ke 20 di bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun 2023. Jumlah tersebut merangkumi di keseluruhan ketiga-tiga kawasan konsesi di bawah pengurusan Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali, makanan yang tidak dihabiskan atau diusik, yang dijual di bazar-bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan sisa selain daripada plastik dan polistren bungkusan makanan.

“Pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat menerusi kenaikan 2,800 tan metrik sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari, berbanding 2,500 tan metrik sampah pada hari biasa bagi kawasan Kuala Lumpur yang mana, mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di negara ini,” ujar Adam Saffian Ghazali.

Menurut statistik dari tahun 2019 hingga tahun 2024, tren peningkatan kutipan sisa pepejal pada bulan Ramadan adalah seperti yang dijangkakan dan 66 peratus daripada sampah makanan tersebut boleh dielakkan sekiranya orang ramai tahu cara penyimpanan makanan dengan betul serta pembelian secara berhemah.

Adam Saffian Ghazali berpendapat, juadah yang disediakan berkemungkinan terlampau berlebihan sehingga tidak mampu dihabiskan sehingga akhirnya tong sampah menjadi destinasi terakhir baki sisa makanan. Walaupun begitu, Alam Flora akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mengira masa dan tempat.

“Bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam menjaga kebersihan terutamanya di kawasan kediaman masing-masing. Sebagai contoh, sampah yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, kertas dan tin aluminium perlulah diasingkan. Ia harus diletakkan dalam beg plastik serta diikat dengan kemas. Ianya diletakkan di tepi tong pada hari kutipan untuk barangan kitar semula selaras dengan program pengasingan sisa di punca anjuran pihak kerajaan,” tegas Adam Saffian Ghazali.

Alam Flora memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam untuk berkongsi maklumat tahap kebersihan di kawasan masing masing supaya tindakan susulan yang bersesuaian boleh diambil.

Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada tonggak perniagaan Malakoff, di bawah segmen perniagaan ‘Malakoff Environmental Solutions’ yang memberi tumpuan kepada pengurusan alam sekitar dan penyelesaian yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bumi ini. Ia juga selaras dengan Matlamat SDG PBB No. 11 di mana ia bertujuan untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan serta mampan, seiring dengan matlamat syarikat iaitu ‘Enhancing Life, Enriching Communities’.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...