AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apa jadi lepas PMX selar Negara Barat sebagai hipokrit dalam isu kekejaman Israel ke atas Palestin depan muka Chancellor Jerman?

310

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz

Semalam penulis @nytimes @ErikaSolomon menulis satu kejutan bila mana sekutu setia Israel – Jerman telah berubah intonasi dalam isu Palestin.

Jerman sekutu Israel teramat setia

Atas konsep ‘Staatsräson’ Jerman teramat setia dengan Israel terutama atas ‘kekesalan’ terhadap insiden Holocaust.

Sewaktu awal keganasan Israel bulan Oktober Jerman telah menjadi negara Eropah pertama pergi Tel Aviv nyatakan kesetiaan kepada Israel “Germany had only one place – and it is alongside Israel”.

Malah dalam tindakan undang-undang Afrika Selatan di ICJ ke atas Israel, Jerman telah ‘intervened’ untuk menjadi pembela kepada Israel.

Tidak terkecuali Jerman adalah antara negara kedua terbesar bekalkan senjata kepada Israel.

Jika kita sedar fakta-fakta ini tidak mudah untuk PM Malaysia DS Anwar menggelar Barat sebagai hipokrit depan2 Chansellor Jerman dalam Sidang Media terbuka.

Jerman berubah pendirian

Namun baru-baru ini Chansellor Jerman berdiri di sebelah Netenyahu di Tel Aviv mempersoal “no matter how important the goal, can it justify such terribly high cost”?

Selain itu minggu ini Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock telah memberi kritikan terhadap apa yang berlaku di Gaza sebagai “hell” dan mengaskan kita tidak boleh berdiak diri keatas isu kemanusiaan di Gaza.

Sebagai respon – Menteri Luar Israel – Israel Katz dengan ‘merah padam’ menegaskan sekutu mereka (Jerman) wajib terus setia dengan Israel.

Apa yang merubah pendirian Jerman?

Media Barat menulis Jerman baru-baru ini menerima tamparan hebat dan seolah hilang kredibiliti bila PM Anwar Ibrahim kecam negara tersebut.

“The sense of diminishing credibility on human rights is particularly strong in the set of developing or underdeveloped countries sometimes referred to as the Global South, a point brought home during a visit to Berlin this month by Malaysia’s prime minister, Anwar Ibrahim.”

“We oppose colonialism, or apartheid, or ethnic cleansing, or dispossession of any country, be it in Ukraine, or in Gaza,” Mr. Ibrahim told journalists as he stood beside Mr. Scholz. “Where have we thrown our humanity? Why this hypocrisy?”

Ini adalah perkuan media Barat sendiri.

Malaysia jadi perhatian dunia

Kita tolak perbezaan ideologi politik, sebenarnya keberanian PM adalah suatu yang harus dipuji kerana ia berjaya merubah pendirian sekutu Israel – Jerman.

Bergerak ke hadapan saya lihat Malaysia kini sudah kembali menjadi perhatian dan pemain global khusus dalam isu Palestin dan kemanusiaan.

Risiko Perjuangan – Terus konsisten

Tapi keberanian dan perjuangan pasti ada risiko. Baru-baru ini polis laporkan berjaya menangkap seorang warga Israel Shalom Avitan bersama 6 pucuk pistol dengan model berlainan, 200 peluru dengan 3 kelopak peluru berisi penuh. Sudah pasti dia sebenarnya berada dalam standby membunuh bila-bila masa.

Ketua Polis Negera tegaskan akan ketatkan lagi kawalan keselamatan khususnya ke atas Perdana Menteri kita.

Mungkin ini tindak balas Israel atas kejayaan Malaysia beri teguran keras ke atas Jerman hingga mereka berubah pendirian?

PM Anwar pernah sebut “Jika takut tanggung risiko usah bicara soal perjuangan”.

Memasuki akhir Ramadan sama kita doakan Malaysia terus konsisten membela rakyat Palestin dan Allah beri keselamatan buat negara kita.

Hasbullah Wa Nikmal Wakil.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...