BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Pengunjung Iftar@KL berpeluang makan berjemaah di dalam dulang

206

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Iftar@KL selama enam (6) hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac dan 6, 7 April 2024 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Selain JKKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Food Truck (KLFTEA) turut terlibat dalam
melaksanakan program ini pada minggu seterusnya. Program semalam telah dihadiri oleh Timbalan Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan.

“Iftar@KL yang dilaksanakan oleh JKKN ini merupakan salah satu pendekatan yang positif dalam memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada masyarakat bandar dan khususnya generasi muda seperti contoh melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, program sukarelawan dan agihan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan. Penganjuran program sebegini juga merupakan tanggungjawab sosial Kementerian ini ke arah mencerminkan kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata Khairul Firdaus.

Objektif utama program tersebut ialah mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong
tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya (Culture Tourism).

“Program ini juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti bergotong royong dan sukarelawan budaya yang terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan.” kata JKKN.

Iftar@KL tahun ini merupakan penganjuran kali ke-12 oleh JKKN sejak pelaksanaannya bermula tahun 2012. Uniknya Iftar@KL kali ini ialah pengunjung berpeluang berbuka puasa berkonsepkan makan berjemaah di dalam dulang/talam.

“Ia bertujuan mengembalikan nostalgia budaya makan di dalam dulang yang mana budaya ini kian dilupakan selain bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Terdapat juga Program Jom Exchange Al-Quran yang merupakan program kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu pemulangan Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan dari pihak KDN dan digantikan dengan AlQuran yang telah diluluskan oleh KDN.

Selain itu juga, JKKN dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) mengadakan malam ‘Suara Dari Gaza’ iaitu persembahan deklamasi puisi dan persembahan nasyid sebagai manifestasi solidariti masyarakat Malaysia kepada umat Islam di Palestin.” kata JKKN.

Iftar@KL 2024 dimeriahkan lagi dengan pelbagai pengisian menarik seperti Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Bicara Ramadan, Sukarelawan Skuad Budaya, Kaunter Zakat Fitrah dan Jualan Makanan Food Truck.

Iftar@KL yang dianjurkan oleh JKKN merupakan anjuran bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra. Selain itu, antara rakan penganjur Iftar@KL pada tahun ini adalah Islamic Tourism Centre (ITC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan, Kementerian dalam Negeri, Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Pada tahun ini, Iftar@KL telah mendapat sokongan dari syarikat korporat iaitu Radio Suria FM dan penajaan dari syarikat-syarikat terkenal iaitu Syarikat Minuman F&N dan Vida, ADABI, Pertubuhan KitaFund, dan SW Corp.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...