AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNAUTAMA

Bank Rakyat Santuni Golongan Asnaf di Sekitar Sungai Buloh

420

SUNGAI BULOH, 23 Mac 2024 – Bank Rakyat terus komited menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh.

Program penyerahan sumbangan berkenaan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.

Dato’ Ramanan Ramakrishnan dalam satu kenyataan berkata, sumbangan daripada organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat.

“Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif sebegini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsannya terhadap kesejahteraan golongan asnaf ini yang mana dilihat sejajar dengan nilai Malaysia MADANI.

Sudah tentu menjadi lebih bermakna buat mereka kerana dapat meringankan beban kewangan mereka dalam menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri kelak,” kata beliau yang turut menzahirkan penghargaan kepada Bank Rakyat atas sumbangan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Sungai Buloh.

Dato’ Dr. Mohammad Hanis pula berkata, sumbangan yang dihulurkan ini adalah berlandaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam serta komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan inisiatif Jangkauan Komunitinya untuk terus membantu golongan yang memerlukan, termasuk golongan asnaf.

“Sesungguhnya, rasa tanggungjawab Bank terhadap golongan asnaf tidak pernah berbelah bahagi, malah menjadi agenda utama dalam misi bantuan yang diusahakan bagi membantu meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Semoga inisiatif ini secara tidak langsung memberi kesedaran agar kita sentiasa mengambil berat tentang keresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain, seterusnya membentuk kesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu, yang lemah terus disantuni,” kata Dato’ Dr. Mohammad Hanis.

Baru-baru ini juga Bank Rakyat telah membuat serahan bantuan kelengkapan sekolah berjumlah RM30,000 kepada 300 murid kurang berkemampuan yang dikenal pasti di 10 sekolah di sekitar Sungai Buloh bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Pada majlis ini, Dato’ Ramanan Ramakrishnan turut memberi sumbangan wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 kepada 300 murid yang membuka Akaun Simpanan-i Nuri Bank Rakyat.

Bank Rakyat turut menganjurkan pelbagai inisiatif Jangkauan Komuniti dan program pemasaran dengan peruntukan sebanyak RM2.3 juta bersempena dengan kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ tahun ini sebagai inisiatif Bank menghargai sokongan pelanggan dan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan Bank selama ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...