Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Dododots Dorong Penonton Cinta Diri di Shopee Live

136

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Setiap hari, Dododots memperkasakan lebih 3,500[1] rakyat Malaysian untuk meraikan ketidaksempurnaan dan praktis cinta diri melalui Shopee Live.  to embrace their imperfections and practice self-love through Shopee Live. Ditubuhkan pada November 2021, Dododots telah mereka lebih 20 siri kartun unik tampalan jerawat untuk menggalakkan individu untuk ganti ketidaksempurnaan dengan ‘fashion statement’.

Pengasas Dododots Esther Erin dan Ethan Wong

Memahami kegelisahan kulit ‘breakout’, Esther Erin, Pengasas Dododots berkata, “Sebagai mangsa kulit ‘breakout’, kami mahu memperkasakan mereka yang mengalami situasi yang sama melalui strim langsung. Kulit ‘breakout’ tidak sepatutnya menghentikan anda dari terus meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami faham bahawa kulit ‘breakout’ boleh memberi kesan kepada keyakinan, jadi kami menolong komuniti yang mempunyai masalah kulit.” Oleh sebab itu, Dododots fokus kepada produk tampalan jerawat, dengan misi untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit melalui tampalan jerawat berinovatif.

Mengenalpasti kuasa Shopee Live, Dododots menggunakan platform ini untuk berhubung dengan lebih ramai rakyat Malaysia dengan cara yang menyeronokkan dan berinteraktif. Semasa strim langsung, pengacara menghiburkan penonton dengan pelbagai rekaan di muka, dari rekaan bunga ke kucing sambil menggalakkan penerimaan diri dalam kalangan penonton. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan jualan bertambah empat kali ganda berbanding hari biasa. Mereka menggunakan strategi media sosial untuk membina antisipasi untuk sesi strim langsung dan memilih pengacara secara teliti agar pengacara tersebut mewakili jenama mereka dengan tepat. Terkini, Dododots telah mengembangkan pasukan mereka dari 2 kepada 15 pengacara aktif yang juga pelanggan tetap mereka.

“Strim langsung memerlukan tenaga,” kata Ethan Wong, Pengasas & Ketua Pegawai Operasi. “Untuk menarik perhatian penonton, kami promosi jadual Shopee Live kami di media sosial, menggalakkan penonton untuk berborak dengan kami secara langsung, terutamanya ketika pelancaran produk baharu. Kami dapati ramai penonton suka strim langsung kerana ianya membenarkan mereka untuk bertanya soalan yang mereka mungkin malu untuk bertanya di media sosial, terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif dan tidak mahu yang lain ketahuinya di media sosial.” Dododots menggunakan Shopee sebagai platform utama yang membenarkan pelanggan untuk tambah produk yang diingini terus ke ‘cart’

Ethan berkongsi kejayaan bukanlah senang untuk dikecapi. “Untuk menonjol di Shopee Live tidak mudah kerana terdapat ramai penstrim langsung di Malaysia. Ada antara pengacara kami yang telah meraih populariti dari dalam kalangan pelanggan setia kami, jadi kami kini kongsikan jadual strim langsung di media sosial, agar kami dapat memaksima keterlibatan dan memupuk hubungan yang lebih kuat dengan penonton. Tempoh dua ke tiga jam strim langsung ini membolehkan penonton untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan kami dan yang lain yang mengalami masalah kulit yang sama. Dengan mengutamakan pembinaan hubungan daripada jualan melalui keterlibatan secara langsung yang ikhlas, kami berharap untuk mencipta kesedaran jenama terutamanya dalam kalangan luar bandar.”

Rekaan Dododots juga diinspirasikan dari komuniti pelanggan mereka yang sentiasa membekalkan idea baharu seperti, “Kami mahu rekaan bunga” atau “Saya nak rama-rama di muka”. Dododots kemudian membawakan idea ini ke realiti sambil mengambil kira lesen hak cipta rekaan. Idea berterusan ini membolehkan mereka untuk sentiasa berinovatif terhadap tawaran produk.

Dododots telah terjual lebih 29,000 unit terlaris siri Manja Cats, yang mengetengahkan 16 motif kucing. Terkini, Dododots telah meraih lebih 38,000 pengikut di Shopee.


[1] Dododots menjalankan lebih tujuh sesi Shopee Live setiap hari, dengan purata 500 penonton setiap sesi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jarak bukan penghambat kemesraan Aidilfitri

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Hari Raya Aidilfitri merupakan...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di  Kepulauan Andaman, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Kepulauan Andaman, Rantau India...