AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Dewan Rakyat Lulus Pindaan AUKU 2023

198
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

PUTRAYA, 19 Mac 2024 – Dewan Rakyat pada Isnin sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Seramai 23 ahli telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyaksikan antara topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan adalah mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan, tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain.

“Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) semenjak tahun 2021 sehingga kini.

Ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri.” kata KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, RUU tersebut mengandungi lima (5) fasal yang melibatkan enam (6) peruntukan seperti berikut:

I. Seksyen 15A – Memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajar untuk memungut wang atau menerima sumbangan lain;

II. Seksyen 16B – Pertukaran Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar Universiti;

III. Seksyen 48(4) Jadual Pertama – Tempoh lantikan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan kalendar akademik;

IV. Seksyen 48(11) Jadual Pertama – Majlis Perwakilan Pelajar dibenarkan untuk menyenggara kumpulan wang (akaun);

V. Seksyen 48(12A) Jadual Pertama – Kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan berkaitan pemungutan wang di Seksyen 15A; dan

VI. Seksyen 49(2) Jadual Pertama – Pemakaian peruntukan-peruntukan Seksyen 48 Majlis Perwakilan Pelajar kepada Badan Pelajar lain.

“Melalui Rang Undang-Undang ini, maka Agenda Pemerkasaan Mahasiswa dapat dijayakan seterusnya melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.

KPT ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ahli Dewan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, memberi idea dan pandangan. Terima kasih juga kepada seluruh ahli dewan yang sebulat suara menyokong pindaan RUU ini.” kata KPKT.

RUU tersebut dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara pada bulan April 2024 kelak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...