AMBM @ MY LNAUTAMA

Palestin : DAP sokong pendirian PM

228

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyatakan sokongan penuh ke atas keberanian Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang tampil sebagai suara nurani masyarakat antarabangsa.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini, pujian yang diterima oleh Anwar Iatas penilaian terus terangnya mengenai situasi Palestin semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz mencerminkan kekecewaan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Israel dan sekutunya.

Kata Loke lagi, cubaan untuk mempertahankan penindasan rakyat Palestin walaupun mereka sedang menghadapi kebuluran adalah lanjutan daripada kezaliman terhadap rakyat Palestin sejak peristiwa Nakba pada tahun 1948.

“Permulaan Ramadhan melihat lebih 30,000 nyawa terkorban sejak episod keganasan terbaru Israel yang mengepung dan menyerang Gaza.

DAP menyokong keberanian Perdana Menteri yang tampil sebagai suara nurani masyarakat antarabangsa.

Sementara kita bersolidariti dengan rakyat Palestin, harus ditekankan bahawa kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.” ujarnya.

Tambah Loke, rakyat Malaysia mempunyai kewajiban moral untuk berdiri bersama dengan Perdana Menteri dalam mencari pengakhiran kepada kesengsaraan rakyat Palestin di pentas antarabangsa.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...