BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Akaun Tiktok ‘Bantuan Kerajaan’ Perdaya Orang Ramai, Kutip Maklumat Peribadi

240

Oleh : JomCheck

Tinjauan JomCheck mendapati semenjak ini wujudnya akaun TikTok yang berkongsi bantuan-bantuan daripada kerajaan dengan menyertakan pautan meragukan kononnya bagi tujuan membuat permohonan.

Dua akaun TikTok yang dikatakan berbuat demikian menggunakan nama pengguna @info.bantuan.kerjaan dengan 18.5k pengikut dan @bantuankerajaann2024 dengan 24.7k pengikut.

Antara hantaran yang dikongsikan adalah pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan beberapa bantuan lain yang pernah diumumkan oleh kerajaan Madani.

Jumlah pengikut yang ramai serta penggunaan gambar profil seperti logo Malaysia Madani, disyaki digunakan bagi meyakinkan pengguna mempercayai ia adalah saluran rasmi kerajaan.

Hasil semakan oleh rakan JOMCHECK, MyCheck Malaysia mengesahkan keraguan terhadap kedua-dua akaun TikTok ini.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Permohonan bantuan kerajaan hanya boleh dipohon di laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan ataupun agensi berkaitan.

Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273389

Poin penting yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Kementerian Kewangan telah melabel kedua-dua akaun TikTok ini sebagai maklumat paslu dan meminta orang ramai berhati-hati dan hanya menggunakan rasmi kementerian bagi mendapatkan maklumat sahih.
b. Pautan yang diberikan di profil akaun @info.bantuan.kerjaan akan membawa pengguna ke saluran di aplikasi Telegram yang berkongsi tentang jawatan kosong.
c. Manakala pautan di profil akaun @bantuankerajaann2024 lebih merisaukan kerana kemungkinan terdapat ancaman ‘phishing’ kerana pengguna akan diminta untuk mengisi nama dan nombor telefon kononnya untuk menyemak status kelayakan permohonan.
d. Orang ramai boleh mengenal pasti laman sesawang rasmi kerajaan berdasarkan alamat URL/domain yang berakhir dengan “.gov.my”.

Jom semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...