AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Tawaran MRSM 2024 kepada golongan B40 lebih dari 80 peratus

150

KUALA KUBU BHARU 11 Mac 2024 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merekodkan pengambilan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2024 khusus buat keluarga berpendapatan rendah B40 adalah melebihi 80% setakat ini.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebanyak 7,424 tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar di seluruh negara.

“Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM. Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76%.

“Pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kali ini. Dasar kita menetapkan bahawa 60% kuota harus diisi oleh pelajar B40. Sejajar dengan hasrat itu, tahun ini kita berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal sebagai usaha murni kita bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang terbaik menerusi sistem pendidikan MRSM.” kata Asyraf yang mengadakan lawatan ke MRSM Kuala Kubu Bharu pada hari ini bagi menyaksikan momen-momen Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali.

Ujarnya lagi, perkara itu juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa MARA hanya memberikan keutamaan kepada golongan kaya sahaja dan mengabaikan hak golongan berpendapatan rendah.

“Saya sangat berpuas hati dengan ketelusan, kecekapan oleh pengurusan MARA atas komitmen mereka yang sering memberikan kerjasama terbaik dalam mencapai agenda pemerkasaan modal insan dalam bidang pendidikan Bumiputera.” kata Asyraf.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada keluarga pelajar yang mengalami kesukaran kewangan untuk tidak sewenang-wenangnya menolak tawaran keemasan yang diberikan. Hal tersebut kerana MARA menyediakan Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) bagi memberikan bantuan kewangan dan kelengkapan persekolahan kepada mereka yang datang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Program BUDI adalah sebagai inisiatif keprihatinan MARA yang memfokuskan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk memastikan anak-anak MRSM mendapat kesamarataan dalam sistem pendidikan yang terbaik.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...