BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNAUTAMA

Rumpai laut Sabah sumbang kira-kira 54% pengeluaran akuakultur nasional

274

SEMPORNA, 10 Mac 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), lawatan itu bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan negara.

“Negeri Sabah yang merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia, mempunyai kawasan seluas 72,500 kilometer persegi, dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi.

Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan Eucheuma.” kata KPKM.

Kata KPKM, rumpai laut negeri Sabah telah menyumbang kira-kira 54% daripada pengeluaran akuakultur nasional. Pada tahun 2022 ternakan rumpai laut telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 307,972 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM247.105 juta dan melibatkan seramai 1,555 pengusaha dengan keluasan 4,464 hektar.

Pada tahun 2023, pengeluaran rumpai laut negeri Sabah dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta.

Kawasan utama ternakan ialah Semporna (1,985 hektar, pengeluaran 97.52%), Tawau (447 hektar, pengeluaran 2.38%), Kunak (55 hektar, 0.08%), Lahad Datu (510 hektar, 0.2%) dan Kota Belud (8 hektar).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...