AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM serbu 17 premis hiburan di Kuantan

111

9 Mac 2024 – Sebanyak 17 premis hiburan di Kuatan telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 8 Mac 2024. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang. Operasi tersebut turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Bin Taha menerusi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 3 minggu.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada 4 buah premis pusat hiburan, 9 buah premis kelab malam (pub) dan 4 buah premis pelacuran. Pasukan operasi telah menahan 103 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Laos, 11 orang perempuan warganegara Vietnam, 2 orang perempuan warganegara Myanmar, 2 orang perempuan warganegara Indonesia, 5 orang lelaki warganegara Myanmar, 1 orang lelaki warganegara Indonesia, 11 orang lelaki warganegara Bangladesh dan 3 orang lelaki warganegara China berusia antara 19 hingga 49 tahun. Manakala 11 orang lelaki warganegara Malaysia yang berperanan sebagai penjaga premis berusia antara 25 hingga 46 tahun turut ditahan. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 151 orang.

Hasil semakan awal mendapati, 67 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Laos, 10 orang perempuan warganegara Vietnam, 2 orang perempuan warganegara Myanmar, 3 orang perempuan warganegara Indonesia dan 10 orang lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sahlaku sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.” katanya.

Kata Jafri lagi, sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, 67 naskhah pasport Thailand, 2 naskhah pasport Laos, 10 naskhah pasport Vietnam, 2 naskah pasport Myanmar, 3 naskhah pasport Indonesia, 10 naskhah pasport Bangladesh, wang tunai sebanyak RM7880.00, 21 unit telefon bimbit, gel pelincir, gelang tips, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) turut dirampas.

Mengulas lanjut Jafri berkata modus operandi di pusat hiburan itu adalah dengan melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi media sosial. Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan oleh lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik yang disediakan. Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM300.00 hingga RM400.00 bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Transaksi bayaran yang digunakan bagi urusniaga ini adalah secara dalam talian atau tunai sebelum wanita warganegara asing tersebut diserahkan kepada pelanggan.

Selain itu, modus operandi yang digunakan di premis pelacuran adalah pelanggan akan hadir sendiri ke premis dan memilih wanita warganegara asing berdasarkan katalog yang diberikan. Setelah pelanggan membuat pilihan wanita yang ingin dilanggani, pelanggan akan dibawa ke bilik khas yang disediakan. Bayaran secara tunai kepada penjaga premis semasa pelanggan mula untuk memasuki bilik. Kadar bayaran yang dikenakan antara RM250.00 hingga RM350.00 bagi satu jam.

Semasa serbuan dilakukan, terdapat bilik-bilik rahsia di dalam premis yang dipercayai sebagai lokasi bagi persembunyian warganegara asing apabila diserbu oleh pihak berkuasa. Terdapat seorang lelaki warganegara asing yang berada di premis tersebut cuba untuk melarikan diri dengan melompat dari tingkat dua premis dan terjatuh hingga mengakibatkan kecederaan. Pegawai operasi bertindak pantas menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...